KEPUTUSAN STAM 2018 MAAHAD AHMADI NEGERI SEMBILAN CEMERLANG

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11

Gemencheh, 17 Januari 2019 - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan (JHEAINS), Tuan Mohd Zaidi Ramli hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 bertempat di Dewan Ibnu Sina Maahad Ahmadi, Gemencheh.

 
Seramai 10 pelajar Maahad Ahmadi Gemencheh telah memperolehi Mumtaz Sofi (Amat Cemerlang) dalam peperiksaan STAM 2018 yang telah diumumkan hari ini.
 
Maahad Ahmadi Gemencheh mencatatkan keputusan yang membanggakan apabila seramai 44 pelajar daripada 72 orang pelajar dari sekolah berkenaan mendapat cemerlang (mumtaz) dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.51 meningkat kepada 0.05 berbanding purata GPS pada 2017 iaitu 1.56.
 
Seramai 26 orang pelajar dari jumlah tersebut menerima keputusan Jayyid Jiddan (Sangat Baik), dua orang menerima Jayyid (Baik) dan tiada yang menerima keputusan Maqbul (Lulus) serta Rasib (Gagal).
 
STAM merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan  Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  atau semasa di Tingkatan Enam.
 
Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS, Tuan Mohammad Alias; Penolong Pengarah Unit Pengajian Pembangunan Modal Insan Bahagian Pendidikan JHEAINS, Ustaz Amir Intizam Othman; Pengetua Maahad Ahmadi, Ustaz Abdul Rahim Maamor; Penolong Kanan Pentadbiran Dan Akademik, Ustaz Zulkarnain Itam dan Yang Dipertua PIBG, Tuan Hasnan Hashim.
 
Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/jheainsofficial
 
#UnitMediaMAINS/JHEAINS : Siti Shafrizan Nur / Abdul Rahman

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pendidikan JHEAINS