Kursus Asas Kompetensi Pen.Pendaftar Perkahwinan, Perceraian & Ruju’ Kariah Masjid

PAROI, 17 Januari 2019 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) telah menganjurkan Kursus Asas Kompetensi Bagi Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Kariah Masjid yang baharu dilantik Tahun 2019M/1440H. Kursus ini disertai oleh seramai 90 orang peserta dan ia telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd. Zaidi bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kursus ini merupakan suatu latihan dan pendedahan kepada Penolong Pendaftar lantikan baharu untuk memberi kefahaman agar mematuhi segala Prosedur Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ mengikut Kaedah-kaedah dan Enakmen Keluarga Islam yang sedang berkuatkuasa di negeri ini. Di samping itu juga kursus ini bermatlamatkan untuk meningkatkan mutu kerja dalam tugas seharian selaku pelaksana dalam urusan berkaitan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam di Negeri Sembilan.

Dua kertas kerja utama telah dibentangkan iaitu Asas Munakahat oleh Al-Fadhil Ustaz Rozimi bin Zamri, Pegawai Agama Islam Daerah Seremban manakala kertas kedua berkaitan tanggungjawab dan etika sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ disampaikan oleh Ustazah Razidah binti Adam, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ JHEAINS. Bagi memberi lebih kefahaman, para peserta juga telah didedahkan dengan tatacara dan simulasi kaedah akad nikah yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhyidin bin Aziz @ Saari, Pegawai Agama Islam Daerah Tampin.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS