Majlis Penyerahan Permit & Mesyuarat Bersama Pengendali KPPI Tahun 2019

MAJLIS PENYERAHAN PERMIT

DAN

MESYUARAT BERSAMA PENGENDALI KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM TAHUN 2019

Seremban, 28 Januari 2019 - Telah diadakan pertemuan antara Pengendali Kursus Praperkahwinan Islam bersama YBrs Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Pertemuan yang diadakan di Bilik Gerakan JHEAINS itu membincangkan beberapa aspek pengukuhan dan pemantapan pengurusan penganjuran Kursus Praperkahwinan Islam.

Pengarah JHEAINS juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen serta kerjasama yang baik diberikan syarikat dalam menjayakan siri-siri kursus tersebut.

Dalam majlis yang sama, beberapa syarikat telah dianugerahkan syarikat yang terbaik dalam tempoh operasi pada tahun 2018. Iaitu Syarikat Pedoman Khusus Enterprise (Tampin), Syarikat Eiza Niaga (Gemas) dan Syarikat Madu Barokah Enterprise (Rembau).

Majlis sama turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAINS, Ustazah Razidah Binti Adam.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan