DISKUSI ISU PERKAHWINAN WARGA ASING

Diskusi Isu Perkahwinan Warga Asing
Diskusi Isu Perkahwinan Warga Asing
Diskusi Isu Perkahwinan Warga Asing
Diskusi Isu Perkahwinan Warga Asing
Diskusi Isu Perkahwinan Warga Asing

 

Seremban, 19 Februari 2019 – Majlis Kunjungan Hormat oleh Jabatan Imigresen Malaysia N.Sembilan (JIMNS) dan Diskusi Isu Perkahwinan Warga Asing bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam) telah berlangsung pada hari ini di Bilik Gerakan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Delegasi yang diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Mohamed Khalil Bin Ali, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bersama 9 orang pegawainya bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan perkahwinan dan pendaftaran yang melibatkan warga asing khususnya di negeri ini.

Pengarah JHEAINS yang diwakili oleh Ustazah Razidah binti Adam selaku Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian & Rujuk Negeri Sembilan dalam ucapannya menyambut baik hasrat Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan dan mengharapkan agar prosedur sedia ada dapat diselaras dan diseragamkan pelaksanaannya mengikut peraturan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ustaz Rozimi Bin Zamri, Pegawai Agama Islam Daerah Seremban, Ustaz Mohd Raizalani Bin Mohd Rais, Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah dan Ustaz Muhyidin Bin Aziz@Saari, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau di samping wakil daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

 

 

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan