PROGRAM CERAMAH PERDANA BERSAMA ULAMA INDONESIA USTAZ ABDUL SOMAD

Program Ceramah Perdana Bersama Ulama Indonesia Ustaz Abdul Somad, 19 Februari 2019

TAMPIN, 19 Februari 2019 - Program Ceramah Perdana Bersama Pendakwah dan Ulama Terkenal Nusantara dari Riau Indonesia, Ustaz Abdul Somad Lc. MA (UAS) tahun ini telah diadakan di Kompleks Arena Dataran Tampin. Kehadiran yang dianggarkan hampir 10,000 orang dari sekitar daerah Tampin dan Negeri Sembilan, termasuk dari Melaka dan Segamat, Johor itu menyaksikan orang ramai telah berada di lokasi ceramah seawal waktu Maghrib walaupun hujan lebat sejak awal petang lagi.

Kebawah Kaus YTM Tunku Syed Razman ibni al-Marhum Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin dan YM Cik Puan Anis Sobari berkenan berangkat ke majlis tersebut dengan diiringi oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malek, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Kebawah Kaus YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Dato’ Haji Muhammed bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol dan YAM Tok Puan Hajah Faridah Hanom binti Haji Jaafar turut berkenan berangkat ke majlis pada malam tersebut.

Selain itu, program yang berlangsung dalam suasana hujan renyai-renyai itu turut dihadiri oleh YAM Tunku Kechil Muda Tunku Datuk Seri Hasmuddin ibni al-Marhum Tunku Othman, YB Dr. Mohamad Rafie bin Ab Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan merangkap EXCO dan ADUN Ampangan, YB Tuan Haji Mohamad Taufek bin Abd Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan merangkap EXCO dan ADUN Paroi, YB Tuan Mohamad Nazaruddin bin Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu merangkap EXCO dan ADUN Pilah serta YBhg. Isteri, YB Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan YBhg. Isteri, YAA Tuan Abas bin Nordin, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan YBhg. Isteri, YBhg. Dato’ Haji Kamal Amran bin Kamarudin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), YBhg. Puan Suhaiza binti Sharudin, Pegawai Daerah Tampin dan YBrs. Ustaz Muhyidin bin Aziz @ Saari, wakil Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Program telah dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Sohibul Fadhilah Ustaz Ahmad Hilal bin Kasim, Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah Tampin. Kepetahan Ustaz Abdul Somad berpidato berdasarkan tajuk “Fitnah Dajjal: Bagaimana Mengelakkannya”, disusuli dengan menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan berjaya memukau orang ramai untuk terus berada di lokasi walaupun hujan turun renyai-renyai. Selain dapat mendengar ceramah, hadirin turut berpeluang menderma / berinfak untuk pembinaan masjid baru Masjid Jamek Tunku Besar Tampin. Kutipan derma pembinaan masjid pada malam itu telah disahkan berjaya mengumpulkan sejumlah RM10,000 melalui edaran empat tabung khas. Setelah berlangsung hampir dua jam, Ustaz Abdul Somad menutup bicaranya dengan bacaan doa untuk kesejahteraan hidup dan keselamatan dari fitnah Dajjal dan cabaran dunia akhir zaman buat seluruh umat Islam. Program anjuran bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin itu berakhir pada jam lebih kurang 10.30 malam.

Disediakan oleh,

Pejabat Agama Islam Daerah Tampin