BENGKEL SIASATAN DAN STANDARD OPERATING PROCEDURE

Bengkel Siasatan dan Standard Operating Procedure, 20 Feb 2019

SEREMBAN, 20 Feb - Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah melaksanakan satu bengkel siasatan dan Standard Operating Procedure (SOP). Bengkel ini diadakan khas untuk para kakitangan di Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS dan berlangsung di Bilik Rasah, Royale Chulan, Seremban. Bengkel ini dilaksanakan bagi memantapkan lagi para pegawai dan kakitangan berkenaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011). Justeru, bengkel selama 2 hari bermula dari 19 hingga 20 Februari ini dikendalikan sepenuhnya oleh para pegawai daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Seremban yang diketuai oleh Tuan Tarmimi bin Abd Rashid. Para pegawai dan kakitangan telah dimaklumkan berkenaan tatacara siasatan, tatacara mengambil rakaman percakapan, pengendalian eksibit dan hal ehwal yang berkaitan dengan penguatkuasaan APD 2011. Bengkel ini juga merupakan langkah awal dalam melatih para pegawai dan kakitangan bagi mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan Sijil Halal Malaysia pada masa akan datang.