PROGRAM TAFAQQUH MUNAKAHAT PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJUK

BAGI DAERAH SEREMBAN, PORT DICKSON, REMBAU DAN JELEBU

Tafaqquh Munakahat Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk bagi Daerah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Jelebu

PAROI, 28 Mac 2019 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) telah menganjurkan Program Tafaqquh Munakahat Bagi Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (PPNCR) bagi Daerah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Jelebu di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan.

Program telah dihadiri  seramai 132 orang peserta dan telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus.

Program ini merupakan suatu program yang diatur bertujuan untuk menghimpunkan seluruh PPNCR bertujuan meningkatkan ilmu, kemahiran serta pengalaman agar dapat melaksanakan tugasan dengan cekap dan sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan. Di samping itu juga program ini bermatlamatkan untuk memberi peluang kepada PPNCR berkongsi pengalaman agar suatu keselarasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Tiga kertas kerja utama telah dibentangkan dengan kertas kerja pertama bertajuk Fatwa Semasa Dalam Isu Munakahat oleh Al-Fadhil Dr. Mohd. Kamel bin Mat Salleh, Cawangan Muzakarah dan Panel Pakar, Bahagian Penyelidikan Jakim.

Kertas kerja kedua telah dibentangkan oleh Sohibul Fadhilah Ustaz Amran bin Awaluddin, Timbalan Mufti Negeri Sembilan dengan tajuk Hukum Upacara Akad Nikah di Masjid dan Garis Panduan. Manakala kertas kerja ketiga telah dibentangkan oleh Y.A Tuan Hamizan bin Mohd. Nor, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson dengan tajuk Perkahwinan Bawah Umur.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS