PENTAULIAHAN KETUA PENDAFTAR DAN PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN RUJUK ORANG ISLAM LUAK JELEBU

Pentauliahan Ketua Pendaftar Dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Rujuk Orang Islam Luak Jelebu

JELEBU, 24 April 2019 - Bertempat di Balai Undang Luak Jelebu telah berlangsung Majlis Pentauliahan Ketua Pendaftar dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Jelebu.

Majlis ini disempurnakan Ke Bawah Kaus YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato’ Haji Maarof bin Mat Rashad, Undang Luak Jelebu yang baru ditabalkan sebagai penyandang Undang Luak Jelebu yang ke-16.

Majlis dimulakan dengan pelantikan Ustazah Razidah binti Adam selaku Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Jelebu seterusnya diikuti dengan Pelantikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Jelebu, Ustaz Che Musa bin Che Hamat yang ditempatkan di Ibu Pejabat serta Ustaz Mohammad Rushdan bin Ab Hamid di Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu.

Pelantikan ini adalah bagi memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 28 Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 yang mana pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan nikah, cerai dan rujuk di negeri ini, hendaklah mendapat perkenan Ke Bawah Duli YDP Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin.

Dalam pertemuan ini, Ke bawah Kaus YTM berharap pegawai yang dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya dalam meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

Turut hadir menyaksikan  pelantikan ini, Orang Besar Balai, Dato’-Dato’ Lembaga dan Adat Luak Jelebu.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS