Kursus Ibadat Pesakit Siri 2 PAID Kuala Pilah

Kursus Ibadat Pesakit Siri 2 PAID Kuala Pilah, 26 Jun 2019
Kursus Ibadat Pesakit Siri 2 PAID Kuala Pilah, 26 Jun 2019
Kursus Ibadat Pesakit Siri 2 PAID Kuala Pilah, 26 Jun 2019
Kursus Ibadat Pesakit Siri 2 PAID Kuala Pilah, 26 Jun 2019

KUALA PILAH, 26 Jun 2019 - Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah telah menganjurkan Kursus Ibadah Pesakit bagi Siri-2 Tahun 2019 bertempat di Dewan Orang Ramai, Senaling.

Objektif program ini dianjurkan sebagai pendedahan ilmu pengetahuan kepada golongan sasar mengenai tatacara menunaikan solat ketika sakit berdasarkan Mazhab Imam Asy-Syafie serta pandangan Mazhad-mazhab yang lain juga penerangan berkenaan adab-adab menziarahi pesakit.

Seramai hampir 300 orang peserta telah menghadiri kursus kali ini terdiri daripada Kakitangan Awam, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah serta Kakitangan HTAN Kuala Pilah, Belia-belia Daerah Kuala Pilah, Pegawai serta AJK Masjid serta orang awam.

Turut hadir mewakili Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Ustaz Mohamad Hidayat Abd Hamid, Ketua Unit Dakwah PAID Kuala Pilah.

Disediakan Oleh :
Unit ICT & MEDIA, PAID Kuala Pilah