Motivasi Kecemerlangan UPKK Daerah Kuala Pilah

Motivasi Kecemerlangan UPKK Daerah Kuala Pilah, 20 Julai 2019
Motivasi Kecemerlangan UPKK Daerah Kuala Pilah, 20 Julai 2019
Motivasi Kecemerlangan UPKK Daerah Kuala Pilah, 20 Julai 2019
Motivasi Kecemerlangan UPKK Daerah Kuala Pilah, 20 Julai 2019

KUALA PILAH, 20 Julai 2019- Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah, melalui Unit KAFA dengan kerjasama Unit Dakwah PAID Kuala Pilah telah mengadakan Motivasi Kecemerlangan UPKK Daerah Kuala Pilah ( Modul TAPOW A ) bertempat di Dewan Orang Ramai, Senaling.

Seramai hampir 300 orang peserta telah menyertai motivasi pada kali ini. Objektif utama program ini diadakan adalah bagi memberikan motivasi dan semangat kepada calon UPKK terpilih di daerah Kuala Pilah dalam menghadapi percubaan UPKK dan peperiksaan UPKK sebenar yang dijangka pada Ogos dan September 2019

Turut hadir ialah Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Ustaz Mohd Raizalani Bin Mohd Rais bersama Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Ustaz Muhammad Hatta Bin Ghazalli.

Program tersebut telah dikendalikan oleh pakar motivasi terkenal, Ustaz Mohamad Bin Muhsin ( Che Mat ) bermula jam 8.30 pagi-4.30 petang.

Disediakan Oleh :

Unit Media ( Petugas Siber JHEAINS)
PAID Kuala Pilah