Seminar Profesionalisme Pegawai Masjid dan Klinik Al-Fatihah Peringkat Daerah Kuala Pilah

Seminar Professionalisme Pegawai Masjid dan Klinik Al-Fatihah, 25 Julai 2019
Seminar Professionalisme Pegawai Masjid dan Klinik Al-Fatihah, 25 Julai 2019
Seminar Professionalisme Pegawai Masjid dan Klinik Al-Fatihah, 25 Julai 2019
Seminar Professionalisme Pegawai Masjid dan Klinik Al-Fatihah, 25 Julai 2019

KUALA PILAH - 25 Julai 2019, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah, melalui Unit Pengurusan Masjid dan Surau PAID Kuala Pilah dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Kuala Pilah ( PPMD ) telah mengadakan Seminar Profesionalisme Pegawai Masjid dan Klinik Al-Fatihah bertempat di Masjid Saidina Ali, Senaling

Seramai hampir 300 orang peserta telah menyertai seminar pada kali ini. Objektif utama seminar ini diadakan adalah bagi memberikan motivasi dan pengetahuan fungsi pegawai masjid di kariah masing-masing terutamanya melibatkan aktiviti pengimarahan...turut diadakan juga klinik al-fatihah yang dijalankan sebaik sahaja peserta mendaftar bagi mengenal pasti kesalahan bacaan al-fatihah terutamanya buat semua pegawai masjid yang disemak oleh barisan panel guru takmir daerah kuala pilah..

Program tersebut telah dimulakan dengan klinik Al-fatihah, tazkirah dhuha oleh imam muda fattah, seterusnya slot 1 dikendalikan oleh Ustaz Norazman bin Mohamad yang merupakan penceramah bebas, dan slot 2 disampaikan oleh Ustaz Fendi bin Kasim dari Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu..

Disediakan Oleh :

Unit ICT & Media PAID Kuala Pilah