Program Ibadah Korban Perdana bagi tahun 1440H / 2019M Peringkat Daerah Kuala Pilah

Program Ibadah Korban Perdana bagi tahun 1440H / 2019M Peringkat Daerah Kuala Pilah, 13 Ogos 2019

KUALA PILAH - 13 Ogos 2019, Sempena Hari Raya Aidil Adha Tahun 1440H / 2019M pada tahun ini, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek YamTuan Raden Kuala Pilah dengan kerjasama Kelab PETANDA Kuala Pilah serta PUSPANITA Daerah Kuala Pilah telah mengadakan Program Ibadah Korban Perdana bagi tahun 1440H / 2019M.

Program dimulakan dengan penyembelihan binatang korban di rumah sembelihan perusahaan Dioh, Kuala Pilah. Sebanyak 5 ekor lembu dan 3 ekor kambing yang telah disumbangkan secara individu ( 3 ekor lembu 3 ekor kambinh / bahagian) 1 ekor lembu melalui Tabung Amanah JHEAINS dan 1 ekor lembu lagi adalah bagi asnaf saudara baru sumbangan MAINS.

Seramai 350 orang termasuk penerima daging korban telah menghadiri program ibadah korban perdana pada kali ini. Hadirin turut diberikan santapan rohani melalui pengisian tazkirah ringkas daripada Ustaz Jasni Ajom daripada Unit Ukhuwah JHEAINS sementara menunggu ketibaan YB ADUN Pilah dan tetamu-tetamu jemputan.

Majlis perasmian dan penyerahan daging korban telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohamad Nazaruddin Bin Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Merangkap ADUN Kuala Pilah diiringi oleh Tuan Syahrul Nizam Saleh Pegawai Daerah Kuala Pilah. Turut mengiringi tetamu khas ialah Ustaz Mohd Raizalani Bin Mohd Rais, Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah.

Disediakan oleh :
Unit ICT & Media PAID Kuala Pilah