PROGRAM TRANSFORMASI MINDA ( KEPIMPINAN ISLAM ) ANJURAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA PILAH

image002

image003

image001

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA ( KEPIMPINAN ISLAM ) 2017, 31 September & 01 Oktober  2017

 

KUALA PILAH, 01 Oktober 2017 – Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Fasilitator Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Program Transformasi Minda ( Kepimpinan Islam ) Peringkat Daerah Kuala Pilah bagi tahun 2017 yang telah di urusetiakan oleh Unit Penguatkuasaan PAID Kuala Pilah.

Program tersebut telah berlangsung selama 2 Hari 1 Malam dan diadakan di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Encik Sharudin Bin Said. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah, Encik Mohd Raizalani Bin Mohd Rais, Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah & Encik Mazri Bin Mansor GPK HEM Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.

Menurut beliau, "Program ini dilihat merupakan program sangat berguna dalam mendidik para pelajar menjadi pemimpin yang berjiwa besar serta mengikut acuan Al-Quran & As-Sunnah”. Tambah beliau lagi, “ pihak Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa menyokong sebarang usaha dalam melahirkan pelajar yang berkualiti dari sudut kepimpinan samada diri sendiri atau orang yang dipimpin oleh mereka” .

Pada program tersebut, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkumpulan termasuklah aktiviti berkuda dan memanah yang telah di kendalikan oleh jurulatih bertauliah Ladang Alam Warisan. Objektif program ini adalah bagi melahirkan para pemimpin yang mengikut gaya kepimpinan Rasulullah s.a.w seterusnya membentuk akidah Islam yang mantap di kalangan para peserta


SUMBER : Unit Penguatkuasaan, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah

Disediakan Oleh:

Unit Dakwah PAID Kuala Pilah