E-Codes Haram? Kod Babi??? 6hb Oktober 2013 jam 9.07 ptg
 

Persoalan: Mengapa produk makanan yang tertera dengan jelas mengandungi kod E seperti E471 dan E476 pada label tetapi mempunyai logo halal?

Jawapan Ringkas: Perlu diketahui bahawa Kod E BUKAN Kod Lemak Babi. Kod E adalah kod yang digunakan bagi ganti nama aditif makanan.

PENJELASAN:

Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007dan masih tersebar hingga ke hari ini.

Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian ke atas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu. Kemudian, ada pula penyebaran senarai kod e menggunakan nama Dr. Rasheed Mos dari Universiti Malaya.

Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak, pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya iaitu Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (Persoalannya: Medical Research Institute yang mana satu? Kerana ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Sementara Dr. Rasheed Mos adalah individu yang tidak wujud di Universiti Malaya. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh mereka adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

 

APA ITU KOD E?

Definasi Kod E ialah:

Sistem penomboran dan kod E telah dibangunkan untuk mengesan sejumlah besar bahan ramuan tambahan yang terdapat di pasaran dan menjadi satu keperluan undang-undang mengenai pembungkusan di Eropah pada tahun 1980an.

E bermaksud Eropah dan menunjukkan bahawa bahan ramuan tambahan yang ditandai dengan nombor E telah lulus ujian keselamatan dan telah digunakan dalam Kesatuan Eropah. Bagi tujuan penyeragaman dan mengelakkan kekeliruan, setiap ramuan tambahan tambahan diberikan nombor yang tersendiri.

Sistem penomboran ini telah disesuaikan untuk kegunaan antarabangsa oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius, maka Sistem Penomboran Antarabangsa (INS) diwujudkan. INS mengekalkan nombor yang sama bagi setiap tambahan tetapi tanpa huruf E. Bahan yang termasuk dalam kelompok E-number ditemukan juga pada label makanan di negara GCC (Gulf Cooperation Council), Australia dan New Zealand (tanpa awalan E).

Apa itu Bahan Ramuan Tambahan / Aditif Makanan?

Bahan Ramuan Tambahan atau Aditif makanan adalah bahan yang ditambah dengan sengaja ke dalam makanan bagi tujuan memperbaiki kualiti, persembahan (tekstur, konsistensi, rupa, perisa, bau, rasa dan jangka hayat penyimpanan) tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral. Ianya juga mempunyai fungsi teknologi semasa penyediaan atau ketika pemprosesan makanan.

Ada bahan aditif ini yang 100% halal dan ada yang dalam kategori Syubhah (boleh jadi halal atau haram berdasarkan sumber bahan tersebut dihasilkan)

Aditif Makanan dengan Kod E

Bahan-bahan ramuan tambahan dengan E-number diklasifikasikan sebagai berikut:

  1. E100-E199     : Pewarna makanan
  2. E200-E299     : Pengawet makanan
  3. E300-E399     : Anti oksidan dan pengatur keasaman
  4. E400-E499     : Emulsifier(Pengemulsi), Penstabil (Stabilizer), Tickerners (Pemekat)
  5. E500-E599     : Pengawal Keasidan dan anti-cacking (Anti Pengeras)
  6. E600-E699     : Penambah Perisa
  7. E700-E799     : Antibiotik
  8. E900-E999     : Pemanis dan Agen Pengilat
  9. E1100-E1599 : Bahan-bahan kimia baru yang tidak termasuk klasifikasi standard

PENENTUAN STATUS HALAL ATAU HARAM

Status halal, syubahah atau haram sesuatu bahan makanan tidak ditentukan berdasarkan sebarang kod huruf atau nombor.

Sumber asal bahan tersebut dihasilkan adalah penentu kepada status halal atau haram. Biar apa jua kod huruf atau nombor digunakan, itu bukan penentu halal atau haram.

Maka, sewajarnya tumpuan Pengguna Muslim yang bijak adalah kepada sumber penghasilan aditif makanan.

 

SITUASI DI MALAYSIA

Penggunaan Kod E pada label makanan adalah tidak disyaratkan di dalam Garis Panduan Pelabelan Aditif Makanan di Bawah Peraturan Makanan 1985.

Para pengeluar/pengilang pula tidak mahu menggunakan kod E pada label produk mereka bagi mengelakkan kekeliruan dan diftnah mengandungi babi.

Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan Halal Malaysia dan badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf, bahan-bahan kritikal dari aspek halal akan dipastikan mempunyai sijil halal dan jadual spesifikasi bahan yang menunjukkan sumber penghasilan aditif tersebut atau dihantar untuk ujian makmal di Jabatan Kimia Malaysia sebelum disahkan halal.

Jelasnya, tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak babi atau lain-lain haiwan sahaja tetapi juga daripada sumber tumbuhan serta kimia. Sebagai contoh untuk additif dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), sementara E110 adalah pewarna tiruan Sunset Yellow dari sumber kimia, E120 (pewarna merah) daripada sumber Kumbang Cochineal, dan banyak lagi yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi.

Untuk menentukan sumber apa asalnya bagi produk yang dilabelkan ramuan dengan kod E, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar. Yang paling penting pastikan mempunyai Logo Halal Malaysia atau Badan Islam luar negara yang diiktiraf... Semak di direktori halal atau minta sijil halal dari pengeluar dan pengedar. 

Waallahu'alam

ekod1

 

Ayam Di Pasaraya Tak Halal? 18 SYAABAN 1438H 15 MEI 2017 M

Ramai benor yang menanya pasal ayam...

Boleh ke tak beli ayam pasaraya? Macam mana nak tau ayam yang ada sijil halal? Tak ada sijil halal tak halal ke?

InsyaAllah sedikit perkongsian semoga bermanfaat...

Buang stigma dalam pemikiran kita bahawa ayam pasaraya tak halal...kalau kita cukup ilmu kepenggunaan, insyaAllah pergi ke mana-mana pun kita tak keliru dan boleh membuat pilihan secara bijak...

Panduan Memilih/Membeli Ayam

Tak kira lah nak beli di pasar atau pasaraya...boleh ikuti beberapa tips yang dikongsikan di sini insyaAllah...

1) Utamakan bekalan ayam yang telah mendapat PENGESAHAN HALAL daripada JAKIM/JABATAN AGAMA ISLAM/BADAN-BADAN ISLAM YANG DIIKTIRAF.

2) Macam mana nak tahu ayam tu dah dapat Sijil Halal?

Utamakan memilih ayam yang dijual dalam bungkusan/ditanda (tagging) dengan logo halal yang sah (Ini lebih mudah didapati di pasaraya).

3) Sekiranya ayam dijual tanpa bungkusan/tanda (loose), sila dapatkan pengesahan bekalan dari peniaga. Boleh semak nama syarikat pembekal yang dinyatakan peniaga di www.halal.gov.my. Sekiranya timbul keraguan, maka meninggalkan yang ragu-ragu itu adalah lebih baik. Inilah saranan Rasulullah s.a.w.  terhadap sesuatu yang syubhah.

4) Utamakan membeli AYAM BULAT (WHOLE CHICKEN) kerana lebih mudah disemak urat-urat yang perlu diputuskan, kemudian barulah minta dipotong. Sekiranya ingin membeli bahagian yang telah dipotong (chicken parts), pastikan bekalan ayam tersebut daripada pembekal yang telah mendapat pengesahan HALAL.

5) Kalau beli ayam dari kawan atau saudara yang proses sendiri dan tiada Sijil Halal tak apa ke?

Boleh je, tak jadi masalah selama mana kita yakin semuanya diproses dan dikendalikan dengan baik dan memenuhi keperluan hukum syarak. Kebanyakan peniaga hari ini dah tak proses sendiri ayam yang dijual, kebanyakannya mengambil ayam yang telah siap diproses.

6) Sekiranya membeli daripada orang yang tidak dikenali sama ada di pasar, pasaraya, pasar borong, pasar malam, pasar tani, utamakan yang telah mendapat pengesahan HALAL. Jika tiada, pilih peniaga MUSLIM yang dipercayai dan diyakini.

7) Last but not least, boleh beli ayam hidup dan sembelih sendiri, ini yang paling yakin.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu anda semua membuat pilihan dengan sebaiknya. InsyaAllah...

Untuk senarai syarikat yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari laman web www.halal.gov.my atau muat turun aplikasi ‘myJakim’ di telefon pintar anda.

Wallahu a’lam.

Penjelasan Berkenaan Isu Daging Khinzir Di Pasaraya NSK

Ini adalah merupakan isu tahun 2014 yang diviralkan semula. 

Berdasarkan pemantauan yang telah dijalankan oleh Jakim melalui Bhg. Hab Halal mendapati daging tersebut adalah merupakan karkas (badan haiwan yang telah dilapah) kambing yang diimport.

Untuk makluman pengguna, semua daging import kecuali daging babi perlulah mendapat kelulusan Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk dibawa dan berada di pasaran Malaysia.

Untuk mengelakkan kekeliruan tersebut pengguna adalah dinasihatkan untuk terus merujuk kepada Jakim dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. 

Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1

Penjelasan Berkenaan Isu Daging Orang Islam Dimasukkan Sekali Dalam Daging MCDONALD'S 17 ZULHIJJAH 1437 H 19 SEPTEMBER 2016 M
 

Viral berkenaan dakwaan daging orang Islam di Palestin dimasukkan sekali dalam daging McDonald's mula tersebar dalam kalangan netizen di alam maya ini.

Untuk makluman para pengguna sekalian, daging burger McDonald's yang berada di pasaran Malaysia adalah buatan tempatan. Justeru, adalah mustahil perkara ini berlaku di Malaysia.

Perlu ditegaskan bahawa McDonad's Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Sebarang kemusykilan mengenai viral dan status halal boleh disemak di laman web www.halal.gov atau aplikasi telefon pintar ‘myJakim’

Penjelasan Berkenaan Tular (Viral) Dakwaan Tepung Gandum Mengandungi Peluntur Beracun (BENZOYL PEROXIDE) 15 RABIULAKHIR 1438 H 14 JANUARI 2017 M
 

Dakwaan berkenaan penggunaan peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) dan persoalan status halal dalam produk-produk tersebut kembali dikongsi oleh netizen di media sosial ini.

Untuk makluman pengguna, produk-produk tersebut mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan ianya merupakan tular (viral) berulang sejak tahun 2011 yang pernah dijelaskan oleh pihak kami sebelum ini.

Sampel produk tersebut juga pernah dihantar oleh pihak kami ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan didapati tiada kesan DNA babi. 

Berkenaan isu peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) dalam produk berkenaan pula, penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak melebihi 50 miligram (mg) / kilogram (kg).

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia tersebut dalam makanan tidak mendatangkan kemudharatan.

Selain itu, benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemprosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik dan pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985 dan ia juga tidak menyebabkan barah.

Laporan JECFA juga menyatakan pengambilan benzoyl peroxide juga boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan sebaliknya melalui kesan rawatan kulit.

Justeru, pengguna tidak perlu khuatir dengan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana penggunaan benzoyl peroxide tersebut adalah mengikut peraturan dan standard yang telah ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadilah pengguna dan penyebar yang bijak dengan meneliti dan merujuk sesuatu isu terlebih dahulu kepada pihak yang berwibawa sebelum melakukan sebarang sebaran dan perkongsian di media sosial ini.

Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular (viral) boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

Unit Hal Ehwal Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1

Penjelasan Isu Burger Pork P. RAMLY 24 MUHARAM 1438 H 25 OKTOBER 2016 M
 

Untuk makluman pengguna, premis makanan yang menjual burger pork P. Ramly bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Walau bagaimanapun, penggunaan nama yang mengelirukan pada produk makanan atau bukan makanan serta sebarang perkhidmatan yang menyalahi syarak adalah dilarang kerana boleh mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat awam khususnya pengguna Muslim.

Oleh yang demikian, pihak industri adalah dinasihatkan agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan di dalam pemilihan nama produk yang ditawarkan kepada pengguna dalam memelihara keharmonian antara kaum dan kepercayaan beragama di Malaysia.

Sehubungan itu juga, pengguna Muslim adalah diingatkan agar berhati-hati di dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi dan peka dengan promosi premis yang boleh mengelirukan.

Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran, bolehlah di semak diwww.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Penjelasan Isu Halal Coklat Eyeglass With Candy 21 JAMADILAKHIR 1438 H 20 MAC 2017 M
 

Dakwaan bahawa coklat Eyeglass With Candy mengandungi bahan ramuan dari sumber haram sebagaimana yang disebarkan oleh pengguna di media sosial ini adalah tidak benar.

Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera "free from pig's products and its Derivatives" 

Untuk makluman, coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Perlu diketahui, proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

Justeru, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah.

Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1

Penjelasan Isu Halal Produk Minuman Luwak White Koffie 12 JAMADILAKHIR 1438 H 10 MAC 2017 M
 

Dakwaan bahawa produk minuman Luwak White Koffie mengandungi unsur khinzir (Emulsifier E471) telah disebarkan oleh pengguna di media sosial.

Perlu diketahui, kod E merupakan standard kod antarabangsa bagi pengkelasan kepada Bahan Aditif Makanan.

Tidak semua Kod E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan. 

Contoh Kod E yang paling kerap ditanya oleh orang ramai adalah E471 sebagaimana yang ditularkan. Ia adalah sejenis pengemulsi. 

Sumbernya adalah dari lemak sintetik yang terhasil dari gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan. 

Untuk makluman, Isu Kod E 471 dalam produk minuman Luwak White Koffie pernah dijelaskan oleh pihak Majelis Ulama Indonesia (MUI) di:- bit.ly/HalalMUI

Justeru, produk yang menggunakan bahan aditif makanan (Kod E) dan mempunyai pensijilan halal Malaysia atau pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM adalah diyakini status halalnya.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah.
Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Penjelasan Isu Jualan Ayam Di Econsave Tidak Disembelih 10 NOVEMBER 2016M 10 SAFAR 1438H
 

Jakim terpanggil untuk menjelaskan viral berkenaan ayam yang dijual di Econsave Jalan Reko, Kajang yang didakwa tidak disembelih mengikut hukum syarak. 

Untuk makluman pengguna, pihak Jakim bersama pegawai pemantauan JAIS telah membuat pemeriksaan terhadap pasaraya tersebut dan mendapati bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya adalah kesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang. Perkara itu telah menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

Walau bagaimanapun produk ayam yang dijual di Econsave Jalan Reko, Kajang ini dikenal pasti diambil daripada dua pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. 

Justeru, pengguna tidak perlu gusar dengan viral tersebut namun dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban. 

Untuk mengetahui rumah sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh merujuk di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Penjelasan Berkenaan Tular ( Viral) Isu Mee Azam 17 JAMADILAWWAL 1438 H/14 FEBRUARI 2017 M
 

Viral mengenai status halal produk ini kembali menerjah akaun FB Bahagian Hab Halal.

Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim. 

Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh mereka beberapa bulan yang lalu, didapati bahawa produk mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini. 

KMF mendakwa bahawa, syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan, malah pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF

Kenyataan ini diperkukuhkan lagi / turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana TIADA DNA BABI dikesan pada produk tersebut.

Sehubungan itu pengguna adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan. Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu #halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di: -

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

mee azam

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Tular Isu Minyak Masak Jenama Buah Sawit05 RAMADHAN 1438 H/31 MEI 2017 M
 

Tular berkenaan isu minyak masak jenama Buah Sawit yang didakwa di proses dari minyak guna pakai dari kedai-kedai makan dan restoran-restoran orang cina mula dikongsi oleh pengguna di alam maya ini. Untuk makluman, JAKIM tidak pernah memberi Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk minyak masak yang dikitar semula. Sekadar perkongsian juga, minyak masak jenama Buah Sawit keluaran Syarikat Jaburan Sdn Bhd tersebut pernah diambil tindakan pada tahun 2016 kerana menggunakan Logo Halal tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. Walau bagaimanapun, status terkini syarikat tersebut adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Oleh yang demikian, JAKIM amat mengalu-alukan usaha syarikat di luar sana untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut standard serta panduan halal yang telah ditetapkan. Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau diaplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

minyaksawit

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Tular Isu Minyak Masak Kitar Semula Jenama Buah Sawit09 MUHARAM 1439 H/30 SEPTEMBER 2017 M
 

Tular berkenaan isu minyak masak jenama Buah Sawit yang didakwa di proses dari minyak guna pakai dari kedai-kedai makan dan restoran-restoran cina mula dikongsi semula oleh pengguna. Untuk makluman, JAKIM tidak pernah memberi Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk minyak masak yang dikitar semula. Minyak masak jenama Buah Sawit keluaran Syarikat Jaburan Sdn Bhd tersebut pernah diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan (2011) pada tahun 2016 kerana menggunakan Logo #Halal tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. Sehingga kini produk tersebut juga belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Sehubungan itu, inisiatif pihak industri untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia amatlah dialu-alukan. Produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin #halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut standard serta panduan halal yang ditetapkan.

Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau diaplikasi telefon pintar ‘myJakim’. Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di: - http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

minyaksawit2

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Nasi Lemak Tangling
 

Pengguna yang dihormati, berdasarkan semakan yang dibuat, premis makanan Nasi Lemak Tangling ini tidak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Akan tetapi premis lain yang dinyatakan di dalam viral berkenaan iaitu Chicken Rice Shop dan Nandos mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim. Sehubungan itu, Pengguna adalah dinasihatkan agar berhati-hati di dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi serta sentiasa memastikan premis tersebut memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia supaya makanan yang diperolehi halalan toiyiban.

Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan, bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’. Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

nasilemak

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Tular Isu Penyembelihan Kambing Di India10 RAMADHAN 1438 H/04 JUN 2017 M
 

Video penyembelihan kambing yang tidak menepati kaedah syarak kembali tular di media sosial serta mengaitkannya dengan produk daging kambing yang diimport dari India ke Malaysia. Sebagai makluman kepada netizen, kelulusan kebenaran eksport daging ke Malaysia dari mana-mana rumah sembelih luar negara adalah dilakukan secara bersama antara pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan penelitian dalam aspek SPS (Sanitary and Phytosanitary) dan juga aspek Syarak.

Hanya rumah sembelih yang menepati keperluan SPS, Standard Halal Malaysia serta Protokol Daging Halal Malaysia akan diberi kelulusan mengeksportnya ke Malaysia. Video yang tersebar disyaki berlaku di kawasan penduduk bukan Islam di negara India dan sudah pasti tidak memenuhi kriteria untuk mengeksport daging ke Malaysia.

Sehubungan itu, pengguna diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat. Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut.

Untuk mengetahui senarai loji dan rumah sembelihan yang diiktiraf di luar negara layari:- www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/299 Penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh diikuti di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

sembelihankambing

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Pepsi - Heineken
 

Gambar yang tersebar adalah merupakan cubaan penyuludupan minuman keras ke Arab Saudi tahun 2015. Ianya tiada kaitan dengan minuman jenama yang sama di pasaran Malaysia yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

pepsi

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Isu Produk Apollo Dan Kod E Dalam Makanan21 MUHARAM 1438H /22 OKTOBER 2016M
 

Sebagai makluman kepada pengguna, produk Apollo keluaran Apollo Food Industries adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tarikh luputnya adalah sah sehingga kini. Viral yang sama kini tersebar lagi sama seperti viral yang terdahulu kononnya produk tersebut mengandungi unsur babi adalah tidak benar. Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan. Berkaitan isu Kod E yang didakwa bersumberkan babi, tidak semua kod E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan adalah berasaskan dari sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan,sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan. Sebagai contoh, antara kod E yang paling kerap ditanya oleh orang awam ialah kod E471& E472. Kod tersebut adalah sejenis emulsifier iaitu mono dan digliserida.

Sumbernya boleh terhasil dari lemak tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan. Ramuan ini secara umumnya ialah sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak semulajadi yang boleh dihadam. Masyarakat seharusnya peka mengenai pelbagai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan.Pihak industri makanan dan barang gunaan pula bertanggungjawab untuk mengenal pasti status sumber aditif makanan yang digunakan supaya tidak akan menimbulkan keraguan kepada para pengguna Islam.

Manakala Bahagian Hab Halal akan memastikan syarikat yang memohon sijil halal wajib mengisytihar kesemua ramuan termasuk aditif makanan yang digunakan beserta dokumen yang kukuh (seperti sijil halal yang diiktiraf dan analisis makmal). Sehubungan itu, sekiranya produk tersebut merupakan produk yang telah mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia atau pengesahan halal dari Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM, maka produk yang telah disahkan tersebut boleh digunakan tanpa was-was.

Namun, bagi mana-mana produk yang tidak mendapat pengesahan halaltetapi menggunakan kod yang sama, maka pengguna perlu berhati-hati dalam memilih kerana sumber bagi kod tersebut boleh juga diperolehi dari sumber yang haram.

Sebarang kemusykilan mengenai status halal produk yang berada di pasaran dan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

apollo

apollo2

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Produk Auntie Anne's Tidak Halal 17 MUHARAM 1438 H /18 OKTOBER 2016 M
 

Untuk makluman pengguna, sehingga ke hari ini, belum ada lagi outlet Auntie Anne's yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Pihak syarikat pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia sebelum ini namun ianya tidak dapat diproses atas beberapa isu teknikal seperti dokumen sokongan bahan ramuan. Namun selepas beberapa penambahbaikan dilakukan, kini status produk makanan Auntie Anne's adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Oleh itu, perlu ditegaskan di sini bahawa dakwaan kononnya JAKIM mengesahkan produk makanan Auntie Anne's TIDAK HALAL adalah tidak benar sama sekali.

Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi makanan. Jakim amat menyanjung tinggi usaha dan komitmen pihak Industri dalam menyediakan makanan sihat, produk yang bersih serta persekitaran yang kondusif kepada pengguna. Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa konsisten dengan pemilihan makanan yang halal lagi baik demi mengekalkan ekosistem halal yang mapan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenan premis makanan yg mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh melayari direktori halal di www.halal.gov.my

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

auntieanne

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Produk Makanan Seng Hin Brothers
 

Untuk makluman pengguna, produk makanan Seng Hin Brothers ini telah pun mendapat pengesahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan sah sehingga 2017 Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran, bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim. Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

senghin

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Ramuan Produk Mcdonald's Yang Didakwa Mengandungi Lemak Khinzir14 JAMADILAWAL 1438 H/11 FEBRUARI 2017 M
 

Viral berkenaan dakwaan ramuan 'LM10' dalam Mayo McDonald's mengandungi lemak khinzir mula tersebar dalam kalangan netizen di alam maya ini. Untuk makluman para pengguna sekalian, isu ramuan yang mengandungi lemak babi sebagaimana yang diviralkan tidak melibatkan McDonald's Malaysia. Selain itu, perlu diketahui juga bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis tersebut adalah berbeza mengikut negara. Perlu diambil maklum bahawa McDonald's Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’ Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM dihttps://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=744506395708636&ref=page_internal Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

mcd

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Kepada Isu Senarai Produk Tidak Halal28 ZULHIJJAH 1437 H /30 SEPTEMBER 2016 M
 

Viral dakwaan produk tidak halal kembali bertiup kencang di alam maya. Untuk makluman pengguna, viral ini merupakan isu kitar semula yang mula tersebar sekitar tahun 2007 hingga kini. Bukan itu sahaja, malahan berdasarkan siasatan dan makluman bersama Bahagian Hab Halal JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia, penggunaan nama Dr. Safurah Hj Jaafar merupakan suatu fitnah terhadap beliau yang tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan seperti yang viral tersebut. Berdasarkan pemerhatian kami di Bahagian Hab Halal JAKIM, tidak kesemua produk berkenaan tidak mempunyai Sijil/Logo Pengesahan Halal Malaysia atau luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Pengguna dinasihatkan agar memilih produk yang mempunyai Logo/Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau Logo halal luar negara yg diikitiraf oleh JAKIM Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diikitiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau telefon pintar ‘myJakim’.

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

produk

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Isu Serbuk Kari Jenama Baba's Dan Alagappa's25 MUHARAM 1438H /26 OKTOBER 2016M
 

Maklumat yang tersebar berkenaan serbuk kari jenama Baba's dan Alagappa's mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya ADALAH TIDAK BENAR DAN TIDAK BERASAS SAMA SEKALI. Untuk makluman pengguna, kedua-dua produk ini merupakan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

1. Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

2. Pegawai pemeriksa yang ditugaskan bukan sahaja membuat pemeriksaan dokumen, malah membuat pemeriksaan pematuhan berdasarkan Standard dan Prosedur SPHM di kawasan kilang yang mengeluarkan produk. Ini bagi memastikan apa jua pengisytiharan yang dibuat dipatuhi.

3.Disamping itu, syarikat pengeluar juga perlu mewujudkan Sistem Jaminan Halal serta menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang dianggotai oleh seorang Eksekutif Halal bagi memantau perolahan bahan mentah dan proses pengeluaran produk. Ini bagi memastikan produk tersebut terjamin dari segi aspek kehalalan dan juga jaminan kualiti serta kebersihan (Halalan thoyyiban)

4.Oleh itu, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat. Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut.

Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran, bolehlah di semak diwww.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’. Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

serbukkari

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Starbucks Haram10 MUHARAM 1437 H /11 OKTOBER 2016 M
 

Viral berkenaan dakwaan seorang tokoh agama mengeluarkan kenyataan haramnya Starbucks kembali menghantui alam maya. Untuk makluman, isu ini merupakan isu kitar semula yang telah dijawab oleh pihak kami pada tanggal 10 Mei 2016 yang lalu. Berikut kami muatnaik kembali jawapan bagi FITNAH ini. Premis Makanan Starbucks adalah pemegang Sijil Pengesahan HalalMalaysia (SPHM) dan tarikh luput SPHM tersebut adalah sah sehingga kini. Viral yang tersebar kononnya kenyataan dari Dr Zahazan Mohammad adalah PALSU sebagaimana kenyataan akhbar beliau pada 11 Disember 2014. Sehubungan itu pengguna adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

Sila semak status halal produk di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’. Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

starbuck

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Tular Isu Status Halal Makanan Ringan Jenama Pringles 28 SYAABAN 1438 H/24 MEI 2017 M
 

Tular berkenaan jualan makanan ringan jenama Pringles perasa Smokey Bacon sempena Ramadhan mula disebarkan oleh pengguna di media sosial ini. Untuk makluman, isu sekitar tahun 2015 tersebut berlaku di salah sebuah pasaraya di Street London, England. Penjelasan dan perincian isu ini boleh diikuti di: - http://bit.ly/PenjelasanIsuPringlesEngland Selain itu, JAKIM pernah memberi penjelasan berkenaan isu ini pada 28 Jun 2015 yang lalu:- http://bit.ly/PenjelasanJAKIM2015 Untuk pengetahuan produk yang menjadi isu tersebut bukan dikilangkan di Malaysia. Makanan ringan jenama Pringles yang dikilangkan oleh Super Food Technology Sdn Bhd, Johor dan Kellogg Asia Products Sdn Bhd, Negeri Sembilan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Selain itu, perlu diketahui bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap kilang tersebut adalah berbeza mengikut negara. Untuk mengetahui produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di: - http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

pringles

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Tular Isu Status Halal Sapuan Lemak Jenama Flora19 SAFAR 1439 H/07 NOVEMBER 2017 M
 

Minggu ini Bahagian Hab Halal, JAKIM kerap menerima pertanyaan dari pengguna berkenaan status halal sapuan lemak jenama Flora. Ianya rentetan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ) melalui laman facebooknya bahawa produk tersebut mengandungi bahan yang tidak halal. Untuk makluman pengguna, syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd tidak mengimport produk tersebut ke negara ini. Justeru, pengguna disarankan agar merujuk pihak yang berautoriti dalam memperoleh penjelasan lanjut berkenaan sesuatu isu #halal yang tular di media sosial sebelum menyebarkannya.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang #tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di: - http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Untuk mengetahui premis dan produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘SmartHalal’. http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

flora

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Tular Isu Status Halal Sos Spageti Jenama Prego26 SAFAR 1438 H/14 NOVEMBER 2017 M
 

Minggu ini Bahagian Hab Halal, JAKIM menerima banyak pertanyaan berkenaan status #halal Sos Spageti Jenama Prego. Untuk makluman, Sos Spageti Jenama Prego yang dikilangkan oleh Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini. Penjelasan berkenaan status halal produk tersebut turut dijawab oleh pihak syarikat di:- http://bit.ly/PregoMalaysia Justeru, pengguna disaran agar merujuk terlebih dahulu pihak yang berwibawa khususnya JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan isu-isu #halal yang tular di media sosial. Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang #tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di: - http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Untuk mengetahui premis dan produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal. KENYATAAN RASMI Sos Pasta Prego - Disahkan Halal oleh JAKIM Pihak kami mendapati bahawa terdapat satu dakwaan mengenai Pensijilan HALAL untuk Sos Pasta Prego telah mula disebarkan semula. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pengguna bahawa produk Prego dikilangkan di Malaysia disahkan HALAL oleh JAKIM dan masih disah pakai dan setiap produk mempunyai logo HALAL.

Sekiranya pengguna mendapati produk Sos Prego yang mengandungi daging yang diimport dari USA, ianya dibawa terus oleh pihak ketiga yang tidak mempunyai sebarang hubungan secara terus dengan Campbell’s Malaysia. Pihak kami ingin mencadangkan pentingnya untuk pengguna menyelidik informasi yang terdapat di label, termasuk bahan kandungan untuk produk Prego yang diimport yang dibeli. Kami amat menghargai kerjasama anda untuk menyebarkan kenyataan ini kepada pengguna-pengguna yang mempunyai keraguan mengenai pensijilan HALAL produk kami.

Anda juga boleh mengesyorkan kepada pengguna yang lain untuk menghubungi kami secara terus ke malaysia_consumer@campbellsoup.com sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai produk kami. Apabila anda di dalam keraguan mengenai status HALAL sesuatu produk, anda boleh mendapatkan pengesahan HALAL dengan melayari www.halal.gov.my atau menghubungi JAKIM. Terima kasih.

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

prego

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

prego1

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Tular Isu Status Halal Syarikat Kellogg.10 ZULKAEDAH 1438 H/03 OGOS 2017 M
 

Tular berkenaan maklumbalas penggunaan bahan ramuan yang tidak halal oleh Syarikat Kellogg mula dikongsi di media sosial dan mengundang keresahan di kalangan pengguna. Untuk makluman, kilang pengeluar produk yang menjadi isu tersebut bukan berada di Malaysia. Produk yang dikilangkan di Kellogg Asia Products Sdn Bhd, Negeri Sembilan dan Kellogg Asia Marketing Inc, Mutiara Damansara merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini. Selain itu, perlu diketahui bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap kilang tersebut adalah berbeza mengikut negara. Justeru, jadilah pengguna yang bijak dengan meneliti label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang pembelian dan utamakanlah produk yang mempunyai Logo Halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Untuk mengetahui produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Penjelasan penuh dari pihak syarikat berkenaan isu ini boleh diikuti di:- http://bit.ly/PenjelasanKelloggMalaysia Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu #halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut:- http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

kellog

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Tin Minuman Keras Ada Logo Halal?10 ZULKAEDAH 1438 H/03 OGOS 2017 M

Penjelasan berhubung perkara ini telah dilakukan pada 9 Januari 2014 yang lalu. Di sini kami paparkan sekali lagi kenyataan tersebut sebagai rujukan pengguna sekalian. KENYATAAN MEDIA PENGARAH HAB HALAL JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA MENGENAI FITNAH PENGGUNAAN LOGO HALAL MALAYSIA PADA PRODUK MINUMAN KERAS Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM menerima maklumat dan aduan daripada orang awam berkaitan gambar tin minuman beer berjenama carlsberg dengan mempunyai logo halal yang disebarkan melalui media sosial facebook dan aplikasi whatsapp.

1. JAKIM dengan ini MENEGASKAN bahawa jabatan ini TIDAK PERNAH memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil/ logo halal kepada produk/ syarikat tersebut bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut TIDAK diberikan sijil halal walaupun ianya bukan minuman keras.

2. Sebarang penyalahgunaan logo halal adalah tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan- Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011. Sebarang penyalahgunaan logo halal Malaysia oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah undang-undang tersebut.

3.JAKIM menganggap bahawa motif penyebaran gambar ini adalah berniat jahat dan cuba untuk menjatuhkan imej serta kredibiliti JAKIM sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia yang berwibawa dan diiktiraf di dalam serta luar negara. Penyebaran gambar ini juga boleh menimbulkan tanggapan negatif kepada JAKIM dan boleh menyentuh sensitiviti agama. Oleh yang demikian, JAKIM telah membuat laporan polis berhubung perkara ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

4. Justeru, JAKIM mengecam tindakan memalsukan logo halal pada produk tersebut sama ada ianya secara sengaja atau untuk tujuan provokasi kerana perkara ini boleh merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilan halal dunia dan boleh mencetuskan polemik di kalangan masyarakat.

5.JAKIM juga menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran perkara ini. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh: Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 9 Januari 2014

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

minuman

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Tular (Viral) Telur Halal07 JAMADILAWWAL 1438 H/04 FEBRUARI 2017 M

Dakwaan bahawa telur diberi pensijilan halal bagi memastikan ayam tidak terlibat dengan pergaulan bebas merupakan satu tohmahan dan fitnah yang keterlaluan. Ianya kembali dikongsi di media sosial dan mengundang salah faham serta pertanyaan dalam kalangan pengguna. Untuk makluman, isu ini merupakan tular berulang dan pernah dijawab oleh bahagian ini pada 21 Mei 2016 yang lalu. Tindakan syarikat pengeluar yang meletakkan logo halal pada setiap biji telur juga adalah bercanggah dengan peraturan berkaitan label logo halal.

Perlu diketahui, tujuan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan terhadap produk telur ayam adalah bagi memastikan proses pembersihan dan pembungkusannya tidak melibatkan proses yang meragukan. Pengguna adalah dinasihatkan agar berhati-hati di dalam memilih dan mempercayai isu tular yang disebarkan. Khususnya sebelum menyebarkannya semula. Untuk sebarang kemusykilan mengenai status halal produk-produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan, bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Sebarang kemusykilan dan informasi berkenaan isu-isu halal boleh layari FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:- https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

telur

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Tular Mc Donald's Tidak Halal05 RABIUL AKHIR 1439 H/24 DISEMBER 2017 M

Pihak kami mula menerima aduan awam berkenaan status di laman Facebook yang tular dari individu yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary. Dalam status tersebut, beliau mendakwa berdasarkan kajian dan penyelidikannya, Restoran McDonald's penuh syubhah dan tidak halal, seterusnya menyatakan bahawa JAKIM melalui Bahagian Hab Halal perlu meneliti semula status halal Restoran McDonald's. Untuk makluman, sehingga saat ini Mcdonald's Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah. Pensijilan halal ini hanya diberi pada Mcdonald's Malaysia sahaja dan tidak melibatkan premis makanannya yang berada di luar negara.

Selain itu, pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi jenama produk dan premis makanan yang mempunyai rangkaiannya di kebanyakan negara adalah berbeza. Bahan mentah yang dibawa dari luar juga perlu mempunyai pengiktirafan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM Sehingga kini, JAKIM telah mengiktiraf 67 logo halal daripada 41 buah negara seluruh dunia. Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM layari:- http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara Perlu diketahui, proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

Justeru, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah. Untuk mengetahui status halal premis makanan dan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘SmartHalal’.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM: - http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

tidakhalal

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Viral Biskut Sembahyang Orang Cina11 RABIULAKHIR 1438 H/10 JANUARI 2017 M

Viral berkenaan antara kandungan dakwaannya menyebut biskut tersebut dari lelemak haiwan yang tidak halal mula disebarkan dan mengundang keresahan dalam kalangan pengguna. Berdasarkan semakan pihak kami, biskut jenis ini didaftarkan dengan nama Iced Gem dan dikilangkan/dikeluarkan oleh beberapa syarikat yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Kebanyakan pemborong akan menjualnya kembali dalam bentuk timbang/sukat dan paket-paket yang kecil (pembungkusan semula) dan ada di antaranya yang belum memohon pensijilan halal.

Justeru, jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk biskut yang mempunyai Sijil/Logo Pengesahan Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Untuk semakan lanjut berkenaan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’ Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular (viral) boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

biskut

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Viral Kfc Haram Di Makan..Betul Ke?10 RABI'UL AKHIR 1438 H/09 JANUARI 2017 M

Maklumat yang tersebar sejak tahun 2007 berkenaan laporan tinjauan Ustaz Daud Che Ngah ke loji pemprosesan ayam KFC adalah TIDAK BENAR dan TIDAK BERASAS sama sekali.

1. Untuk makluman, KFC (Malaysia) merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

2. Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

3. Pegawai pemeriksa yang ditugaskan bukan sahaja membuat pemeriksaan dokumen, malah membuat pemeriksaan pematuhan berdasarkan Standard dan Prosedur SPHM di kawasan kilang yang mengeluarkan produk. Ini bagi memastikan apa jua pengisytiharan yang dibuat dipatuhi.

4. Disamping itu, syarikat pengeluar juga perlu mewujudkan Sistem Jaminan Halal serta menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang dianggotai oleh seorang Eksekutif Halal bagi memantau keseluruhan perolehan bahan mentah dan proses pengeluaran produk. Hal ini bagi memastikan produk tersebut terjamin dari segi aspek kehalalan dan juga jaminan kualiti serta kebersihan (Halalan thoyyiban)

5. Oleh itu, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat. Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan premis makanan dan rumah sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’. Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

kfc

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Tular Video Jualan Ayam Di Tesco Setia Alam/Shah Alam Tidak Disembelih10 RABI'UL AKHIR 1438 H/09 JANUARI 2017 M

Jakim terpanggil untuk menjelaskan video yang tular sejak 29 Julai 2014 dan kini ia tular kembali berkenaan ayam yang dijual di Tesco Setia Alam dan didakwa tidak disembelih mengikut hukum syarak. Untuk makluman pengguna, berdasar rakaman video tersebut, didapati bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang. Perkara itu telah menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

Walau bagaimanapun produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah, iaitu Kerabat Processing House (Pedas) Sdn. Bhd. Justeru, pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban.

Untuk mengetahui rumah sembelih yang mempunyai Pensijilan Halal Malaysia, pengguna boleh merujuk di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar ‘myJakim’. Sebarang aduan, pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung terus melalui emel dan talian yang tertera di bawah: Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

ayamtesco

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Logo Halal Pada Produk Air Minuman 3P06 RABI'ULAWWAL 1439 H/25 NOVEMBER 2017 M

Minggu ini, Bahagian Hab Halal JAKIM menerima pertanyaan berkenaan #tular logo halal yang terpapar di salah satu produk minuman yang didakwa menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Untuk makluman pengguna, produk minuman Air 3P tersebut belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Penyalahgunaan logo halal pada produk berkenaan kini dalam proses siasatan.

Selain itu, JAKIM tidak pernah memberi pensijilan #halal pada produk yang mendakwa menggunakan ayat-ayat Ruqyah. Ianya sejajar dengan Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bilangan 2, Tahun 2016 yang melarang penggunaan ayat-ayat ruqyah (Al-Quran) bagi produk yang ingin memohon Pensijilan Halal Malaysia. Justeru, pengguna disaran agar merujuk terlebih dahulu pihak yang berwibawa khususnya JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan isu-isu #halal yang tular di media sosial.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang #tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di: - http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Untuk mengetahui premis dan produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘SmartHalal’.

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

air3p

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Logo Halal Pada Produk Haram?25 RAMADHAN 1437H/30 JUN 2016 M

Isu lama berulang kembali. Untuk makluman pengguna, penjelasan berkenaan viral penggunaan logo halal pada produk haram ini pernah dimuatnaik dalam laman rasmi FB Bahagian Hab Halal JAKIM pada 29 September dan 29 November 2015. Merujuk kepada gambar yang diviral tersebut, ditegaskan bahawa JAKIM sama sekali tidak pernah mengeluarkan logo halal kepada produk HARAM seperti gambar yang tersebar tersebut. Hasil siasatan JAKIM di dua lokasi (Miri & Kuching) seperti yang dimaklumkan oleh pengadu TIDAK mendapati produk tersebut berada di pasaran.

Jakim tidak menolak kemungkinan bahawa ianya merupakan gambar yang sengaja diedit dengan meletakkan logo Halal. Sekiranya benar, Jakim mengecam perbuatan tersebut kerana perkara tersebut boleh mendatangkan tohmahan dan fitnah terhadap Pensijilan Halal Malaysia.

Sehubungan itu, Jakim menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung penjualan, pengedaran atau penyimpanan produk ini untuk tampil membantu agar tindakan sewajarnya dapat diambil sekiranya perkara tersebut adalah benar-benar berlaku.

Sebarang aduan dan pertanyaan serta kemusykilan bolehlah di hantar ke alamat emel dan nombor talian yang tertera di bawah. Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

logopork

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Info Minuman Fanta Ada Lemak Babi Palsu11 MUHARAM 1438 H /12 OKTOBER 2016 M

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan penyebaran maklumat mengenai minuman ringan jenama Fanta mengandungi lemak babi. Jakim mengesahkan bahawa minuman ringan tersebut mendapat sijil halal dari pihaknya. Perkara itu dimaklumkan melalui laman Facebook rasmi Bahagian Hab Halal Jakim, hari ini. “Viral palsu.

Penjelasan, produk minuman Fanta mendapat pengesahan halal daripada Jakim Rujuk direktori halal www.halal.gov.my untuk semakan lanjut,” kata kenyataan itu. Kenyataan itu disertakan dengan sekeping gambar yang menunjukkan lima botol air bergas Fanta pelbagai perisa dengan mesej yang menyatakan minuman itu mengandungi lemak babi. “Kepada semua Muslim dari Mufti Rizwi.

Kepada semua, jangan minum minuman Fanta yang baharu. Ia mengandungi ’carcinogenic’ (E211, E224) lemak babi. “Tolong jangan padam ini sehingga semua orang Muslim berkongsi maklumat ini,” bunyi mesej itu. http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/jakim-info-minuman-fanta-ada-lemak-babi-palsu-1.466526

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

fanta

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Pasaraya Jual Ayam Tidak Sembelih??28 RAMADHAN 1437 H /03 JULAI 2016 M

Hari ini pihak Bhg Hab Halal, Jakim menerima viral berkenaan isu ayam yang dijual di salah sebuah Hypermarket yang didakwa tidak disembelih mengikut hukum syarak dan juga tuduhan bahawa JAKIM tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya kerana hypermarket ini membayar GST. Untuk makluman pengguna, isu sebenar viral tersebut adalah berkaitan pembekal ayam ini tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Dengan erti kata lain, pengeluar produk ayam mentah yang dijual di pasaraya tersebut tidak memiliki pensijilan halal Malaysia.

Namun begitu, tinjauan yang dibuat di salah sebuah pasaraya syarikat yang sama, didapati produk ayam yang dijual mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. Justeru, pengguna adalah dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toiyiban.

Untuk mengetahui rumah sembelih yang mempunyai Pensijilan Halal Malaysia, pengguna boleh merujuk di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar ‘myJakim’. Sebarang aduan, pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung terus melalui emel dan talian yang tertera di bawah: Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

ayamecon

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Pati Kiub Pork Jenama KNORR25 MUHARAM 1438 H /26 OKTOBER 2016 M

Viral berkenaan pati kiub pork jenama Knorr ini kembali menghantui dan mengundang keresahan dalam kalangan netizen di alam maya. Untuk makluman, produk ini memang wujud dan terdapat di pasaran namun BUKAN DI PASARAN DAN BUKAN DIKILANGKAN DI MALAYSIA serta tiada pengesahan halal dari mana-mana badan Islam di beri untuk produk ini. Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Knorr yang dikilangkan oleh Unilever Foods (Malaysia) Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Justeru, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat. Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut. Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran, bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

kiubknorr

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Bagi Tular Dakwaan Video Pekerja KFC Memijak Ayam Dengan Kaki29 REJAB 1438 H/26 APRIL 2017 M

Video berkenaan dakwaan pekerja KFC memijak ayam dengan kaki mula ditularkan oleh netizen di media sosial. 1. https://thecoverage.my/bahasa/berita/dunia/video-viral-pekerja-kfc-memijak-ayam-dengan-kaki-tetapi/ 2. https://m.youtube.com/watch?v=6sa0UGxIZ8U Untuk makluman, video yang mula ditularkan dari laman youtube sejak Mei 2016 tersebut adalah tidak benar serta tiada kaitan dengan KFC dan bukan di Malaysia. Perlu diketahui KFC Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan rantaian pemprosesan yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk makanan dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan. Justeru, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah. Untuk mengetahui status halal premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:- Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

kfcayam

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Bagi Tular Isu Penarikan Sijil Halal Syarikat Seng Hin Brothers20 REJAB 1438 H/17 APRIL 2017 M

Isu penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia terhadap Syarikat Seng Hin Brothers kembali tular di media sosial. Untuk makluman pengguna, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal JAKIM pada 19 Mei 2016 berkenaan status terkini Sijil Pengesahan Halal Malaysia syarikat tersebut di :- http://bit.ly/2oETMct Perlu diketahui Syarikat Seng Hin Brothers Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Selain itu, di dalam tular ini turut disertakan isu premis makanan yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan menjual produk yang diragui status halalnya. Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard, garis panduan halal yang telah ditetapkan serta perundangan yang berkaitan.

Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan. Justeru, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah. Untuk mengetahui status halal produk dan premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

sijil

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penyebar Tular KFC Haram Fasik, Berdosa Besar20 REJAB 1438 H/17 APRIL 2017 M

SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah menafikan tular mengaitkan dirinya yang mengatakan ayam goreng KFC haram dimakan. Beliau berkata, isu ‘haram’ itu sudah lama berlaku sekitar pada tahun 1987, namun ditular semula di media sosial seperti WhatsApp. “Selepas 1987, perkara ini sudah senyap dan tidak ada apa-apa yag berlaku. Apa yang ingin saya katakan adalah penyebar berita ini adalah fasik dan tidak tabayyun.

“Dalam al-Quran sudah disebutkan, apabila mendapat satu berita itu tabbayun (siasat) dahulu di mana puncanya, kalau tidak kaum itu akan mendapat kejahilan daripada berita buruk ini. Jadi, saya anggap penyebar ini mereka yang fasik sekali dan sangat berdosa besar. Saya tidak redha dunia akhirat,” katanya kepada Sinar Online. Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd (Andalusia) ini juga berkata, perkara yang sama pernah berlaku pada dirinya sekitar 10 tahun yang lalu. Tambahnya, isu tular ini sangat berat dan perlu diambil tindakan segera kerana mengakibatkan kerugian besar kepada KFC. “Saya juga menafikan perkara ini dan KFC juga sudah mengambil maklum terhadap isu ini. Kerana itu, saya katakan, mohon KFC cari mereka yang menyebar dan mengambil tindakan saman terhadapnya,” katanya.

Beliau memberitahu masalah halal haram tidak timbul sekarang kerana ayam sembelihan yang dibekalkan ke restoran KFC adalah dari rumah sembelih yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. “Mereka juga sudah buat pemantuan di tempat penyembelihan ayam. Perkara ini tak ada apa-apa isu pun, mengapa tiba-tiba timbul? “Apa salah saya. Saya bukan jenis yang suka jatuhkan orang. Pendirian saya adalah memperbetulkan yang biasa, membiasakan yang betul,” ujarnya. Beliau turut berharap orang ramai tidak mempercayai tular tersebut lagi.

“Dalam usia saya 71 tahun ini, mengapa ada yang sanggup nak jatuhkan saya? Saya ini siapa? Ketua Pengarah Jakim ke? Mufti ke? Ulama besar ke hingga ada yang percaya pada perkara sebegini. “Saya mahu meninggal (dunia) dalam keadaan begini di mana orang mengutuk kita atas kesalahan yang bukan dari diri sendiri,” ujarnya. Sumber: - Sinar Online, 25 Oktober 2017 (bit.ly/SinarHarianIsuAyamKFC) Ikuti penjelasan JAKIM berkenaan isu tular status halal KFC di: - http://bit.ly/IsuLojiPenyembelihanAyamKFC http://bit.ly/IsuToyyibanKFC http://bit.ly/FAQHalalKFCMalaysia Polisi halal KFC (Malaysia):- http://bit.ly/PolisiHalalKFCMalaysia Keratan akhbar tempatan berkenaan informasi dan penjelasan isu-isu halal: - http://bit.ly/KeratanAkhbarBHH

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

haram

haram1

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Tular Video Penyembelihan Ayam Oleh Bukan Islam03 RABIUL AKHIR 1439H/22 DISEMBER 2017

Pihak kami mengambil maklum berkenaan sebuah video yang ditularkan di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina sedang melakukan penyembelihan ayam di sebuah premis perniagaan di daerah ini. Sehubungan itu, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dan maklumat yang diterima pihak kami, beberapa perkara berikut ingin kami tegaskan:

1) Video tersebut adalah merupakan proses penyembelihan di sebuah premis bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Oleh itu, premis tersebut tidak terikat dengan mana-mana piawaian halal dan tiada sebarang tindakan berkaitan halal boleh dikenakan kepada premis tersebut selama tiada sebarang penyalahgunaan perakuan atau penandaan halal dibuat.

2) Jualan ayam itu juga adalah bertumpu di pasar pagi di kawasan tersebut sahaja yang mana majoriti peniaga dan pelanggannya adalah berbangsa Cina.

3) Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela, dan tiada sebarang halangan bagi mana-mana pihak untuk menjalankan perniagaan secara sah.

4) Tidak ada mana-mana orang/pihak (sama ada Islam atau bukan Islam) boleh membuat sebarang perakuan, atau menggunakan apa-apa ungkapan atau penandaan bagi menunjukkan bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal kecuali setelah diperakui oleh pihak berkuasa yang berwibawa (JAKIM/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN)).

5) Pihak kami tidak mengesahkan atau menyenaraikan mana-mana premis/pusat jualan, kerana setakat ini tiada mana-mana premis/pusat jualan yang telah mendapat pengesahan halal di daerah ini, pengesahan hanya diberikan kepada syarikat pengeluar sahaja.

6) Para pengguna adalah dinasihatkan membeli ayam yang telah mendapat pengesahan halal daripada JAKIM atau badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf JAKIM. Pengguna boleh merujuk kepada label bungkusan atau penandaan yang tertera (rujuk gambar), dan pengguna berhak menolak produk yang tiada penandaan yang jelas atau meragukan dari sudut bekalannya. Semakan status halal boleh dibuat melalui laman web www.halal.gov.my.

7) Pengguna boleh merujuk panduan pembelian ayam yang pernah dikeluarkan pihak kami di pautan berikut: https://m.facebook.com/528703497280976/photos/a.529916567159669.1073741829.528703497280976/831366777014645/?type=3

8) Pihak kami juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak dalam perkara ini dan mengharapkan kerjasama baik yang berterusan. Sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan perakuan atau penandaan halal boleh diadukan melalui saluran-saluran berikut: i) Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang, ii) Pejabat Agama Islam Daerah-daerah, iii) Pejabat Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang.

9) Akhir sekali, pihak kami memohon kerjasama semua pihak untuk merujuk kepada pihak-pihak yang berautoriti sebelum membuat sebarang sebaran bagi mengelakkan tercetusnya suasana tidak tenteram kepada orang awam. Terima Kasih. Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Tingkat Bawah, Bangunan Pejabat Agama Islam Daerah Jalan Masjid, 25000 Kuantan Pahang. Tel: 09-5126770 Fax: 09-5161154

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Premis Makanan Naughty Nuri's19 RABIULAWAL 1438 H/19 DISEMBER 2016 M

Isu berkenaan premis makanan Naughty Nuri's yang pernah dijelaskan oleh bahagian ini pada 21 Mei 2016 yang lalu kembali hangat dikongsi dan diperkatakan oleh netizen di media sosial ini berikutan pembukaan outletnya yang ketiga di Malaysia. Untuk makluman, premis makanan Naughty Nuri's telah jelas menyatakan bahawa mereka menjual makanan berasaskan babi.

Papan tanda 'Tidak Halal' turut dipamerkan di pintu masuk premis berkenaan. Sehubungan itu, Pengguna Muslim adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi dan peka dengan promosi premis yang boleh mengelirukan pengguna .

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’. Bagi mengetahui penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

nuri

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Produk Jenama Nestle Yang Mengandungi Alkohol17 RABIULAWAL 1438 H/17 DISEMBER 2016 M

Viral berkenaan coklat jenama Kit Kat keluaran Nestle yang didakwa mengandungi alkohol mula tersebar di alam maya ini. Untuk makluman, produk ini memang wujud dan terdapat di pasaran namun:- BUKAN DI PASARAN DAN BUKAN DIKILANGKAN DI MALAYSIA serta tiada pengesahan halal dari mana-mana badan Islam di beri untuk produk yang jelas menggunakan alkohol dalam jumlah yang tidak diketahui ini. Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Nestle yang dikilangkan di Malaysia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Justeru, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat. Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut. Pengguna juga dinasihatkan untuk merujuk logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM dalam melakukan pembelian produk luar negara. Sehingga kini, JAKIM telah mengiktiraf 56 badan dan logo halal luar negara.

Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran dan logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

nestle

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Isu Tular Status Halal Ais Krim Magnum14 SYAABAN 1438 H/11 MEI 2017 M

Dakwaan bahawa Ais Krim jenama Magnum mengandungi bahan ramuan dari sumber haram kembali ditularkan oleh netizen di media sosial. Penjelasan berkenaan status halal Ais Krim Magnum pernah dijelaskan oleh pihak kami pada 6 Februari 2017: - http://bit.ly/StatusHalalAisKrimMagnum Untuk makluman, Ais Krim Magnum mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT).

Selain itu, ianya turut mendapat pengesahan halal dari South African National Halaal Authority (SANHA) iaitu salah satu badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM di Afrika Selatan: - http://bit.ly/HALALSANHA Tular ini berpunca dari salah faham yang timbul terhadap penggunaan bahan ramuan dari Kod E 471 yang didakwa dari sumber yang haram. Perlu diketahui sekiranya produk tersebut mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang Diiktiraf oleh JAKIM, maka ia boleh digunakan tanpa was-was sekalipun mempunyai Kod E. Penjelasan lanjut berkenaan isu Kod E: - http://bit.ly/PenjelasanIsuKodE Justeru, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM: - Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

magnum

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Tular Status Halal Makanan Haiwan12 RAMADHAN 1438 H/07 JUN 2017 M

Dakwaan isu status halal makanan haiwan dari sumber yang tidak halal mula ditularkan kembali oleh netizen di media sosial. Untuk makluman, ianya merupakan isu tahun 2007 dan pernah dijawab oleh JAKIM bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 20 Jun 2016 yang lalu:- http://bit.ly/2rU7Pgd Perlu diketahui, sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi sebarang pengesahan halal kepada produk makanan haiwan.

Walau bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melalui Seksyen Quarantine Import Export (SQIE) telah menegaskan bahawa tiada penggunaan enzim babi dalam sumber protein makanan haiwan seperti yang disebarkan. Sumber protein yang digunakan adalah berpunca daripada bovine (lembu) dan poultry (unggas). Penjelasan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar boleh diikuti di:- http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/1367 Sehubungan itu, pengguna tidak perlu meragui akan produk ayam keluaran industri yang telah mendapat pengesahan Halal Malaysia. Jakim melalui Bahagian Hab Halal sentiasa memantau dan meneliti setiap produk yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Untuk mengetahui rumah sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’. Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

jakimhalal

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Isu Kenyataan Status Halal Marshmallow12 RAMADHAN 1438 H/07 JUN 2017 M

TATUS HALAL MARSHMALLOW Untuk makluman semua, isu marshmallow haram adalah merupakan kenyataan Ust Mohd Amri bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal yang dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 15 Jun 2016 yang lalu. Beliau menyatakan produk yang berasaskan gelatin dari sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal dari perspektif halal.

Marshmallow adalah antara produk yang mengandungi gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status halalnya. Walaupun ada pengeluaran dan pemprosesan produk ini di Malaysia, namun jumlahnya amatlah terhad. Justeru itu, bagi penggemar marshmallow, pastikan produk yang ingin dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

Sebarang kemusykilan mengenai status halal produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan, bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’. Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

marsh

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Tular Status Halal Mee Segera Ramyeon-Samyang30 ZULHIJJAH 1438 H/21 SEPTEMBER 2017 M
 

Tular berkenaan status halal Mee Segera Ramyeon-Samyang kembali dikongsi oleh netizen di media sosial hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna. Untuk makluman, penjelasan berkenaan isu ini pernah dijelaskan oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM pada 13 Jun 2016 yang lalu di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuSamyang http://bit.ly/FAQHalalSamyang Perlu diketahui bahawa dakwaan yang menyatakan status #halal Mee Segera Ramyeon Samyang diragui kerana menggunakan mesin yang sama dengan produk tidak halal adalah tidak benar. Untuk makluman pengguna, produk tersebut merupakan pemegang Sijil Halal dari Korean Muslim Federation (KMF) yang merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Negara Korea Selatan.

Selain itu, sampel produk berkenaan pernah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil laporan analisis, TIADA DNA BABI dikesan pada produk tersebut. Sehubungan itu pengguna adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan dan mengutamakan produk yang mempunyai Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang Diiktiraf Oleh JAKIM.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu #halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut:- http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

ramyeon

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Tular Status Halal Produk Ajinomoto03 ZULKAEDAH 1438 H/27 JULAI 2017 M

Kenyataan yang #tular dengan mengaitkan Majelis Ulama Indonesia (MUI) terhadap pengesahan bahawa Syarikat Ajinomoto menggunakan sumber babi dalam pemprosesan produk adalah PALSU. Untuk makluman, penjelasan berkenaan isu ini pernah dibuat oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM pada 29 Mei 2015:- http://bit.ly/PenjelasanStatusHalalAjinomoto Perlu diketahui bahawa syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah dan telah melalui proses pemeriksaan dan pemantauan serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Rujuk juga penafian yang dibuat oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) di:- www.berita.islamedia.id/2017/01/Produk-ini-dikabarkan-mengandung-babi-inilah-penjelasan-MUI.html?m=1 Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu #halal yang tular di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

aji

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Status Halal Produk Coca Cola Euro Di Dalam Botol Aluminium18 RAMADHAN 1437 H/23 JUN 2016 M

Untuk makluman pengguna, Bahagian Hab Halal JAKIM menerima panggilan dan aduan dari banyak pihak berkenaan status halal minuman Coca Cola di dalam botol aluminium berwarna merah sempena Euro 2016. Berdasarkan siasatan dan maklumat yang diterima, produk tersebut diimport dari negara Eropah dan tidak mempunyai atau memiliki mana-mana pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Berkenaan isu campuran alkohol, pihak Coca Cola melalui laman web rasminya telah membuat penafian.Walau bagaimanapun, produk Coca Cola yang dikilangkan di Malaysia adalah merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Sebarang kemusykilan mengenai status halal produk yang berada di pasaran dan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

cola

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Status Halal Produk Tabasco Dan Hp Sauce29 SAFAR 1438 H/29 NOVEMBER 2016 M

Untuk makluman, isu viral status halal produk Tabasco dan HP Sauce pernah dijawab secara rasmi oleh JAKIM melalui Bahagian Hab Halal pada 15 Jun 2016 yang lalu. Namun ianya kembali viral. Pihak kami ingin memaklumkan bahawa produk Tabasco Sauce merupa pemegang Sijil Halal IFANCA, USA. Manakala HP Sauce pula adalah pemegang Sijil Halal dari Total Halal Correct Netherland dan kedua-dua Badan Pensijilan Halal tersebut adalah merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran serta logo halal luar negara yabg diiktiraf bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

tabasco

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Status Halal Roti Massimo29 SAFAR 1438 H/29 NOVEMBER 2016 M

Produk massimo keluaran Syarikat The Italian Baker Sdn Bhd adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan tarikh luput SPHM tersebut adalah sah sehingga kini Sehubungan itu pengguna adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan. Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

massimo

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Tanpa Alkohol Tidak Layak Memohon 29 SAFAR 1438 H/29 NOVEMBER 2016 M

Soalan:- Adakah minuman jenama Tiger yang tiada alkohol mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia? Jawapan:- Minuman jenama tiger tiada alkohol tersebut BUKAN PEMEGANG DAN TIDAK LAYAK MEMOHON SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

1. Sekiranya produk ini dibuat dari premis yang membuat arak (الخمر), maka hukumnya adalah HARAM sekalipun ia dilabel sebagai TANPA ALKOHOL.

2. Selain itu, JAKIM menetapkan bahawa pengilang yang menghasilkan produk halal dan haram TIDAK LAYAK MEMOHON sijil halal. Syarat yang ditetapkan oleh JAKIM berasaskan kepada ketentuan fatwa.

3. Sebuah kilang arak pernah menghubungi kami untuk mendapatkan nasihat bagi membolehkan mereka memperolehi sijil halal untuk produk luar negara. Jawapan kami: TIDAK LAYAK MEMOHON.

4. Pernah juga kantin sebuah kilang arak ingin mendapatkan sijil halal untuk kantin pekerjanya. Jawapan Bahagian Hab Halal JAKIM : TIDAK LAYAK MEMOHON.

5. Menarik bukan?? Bekerja di kilang arak tetapi mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan makanan di kantin benar-benar HALALAN TOYYIBAN!! Jauhi yang HARAM dan SYUBHAH, moga dirahmati ALLAH.

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

alkohol

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Siasat Tular Kesahihan Telur Ikan Beracun Di Media Sosial 27 OKTOBER 2017 (JUMAAT)

1. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mendapati terdapat satu berita yang kini tersebar dalam media sosial mendakwa bahawa terdapat telur ikan beracun yang ditularkan (viral) sejak 26 Oktober 2017 yang lalu.

2. Berdasarkan gambar yang ditularkan (viral) di media sosial, didapati ikan tersebut adalah dari spesis ikan tamban.

3. Bahagian Biosekuriti Perikanan dan Institut Penyelidikan Kesihatan Ikan (NaFISH), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyiasat kesahihan maklumat seperti yang ditularkan ini. NaFISH telah melalui perbincangan awal bersama Jabatan Perikanan Sabah, FRI Bintawa dan unit makmal Biosekuriti negeri-negeri untuk melakukan pra-pemeriksaan sampel ikan di lokasi-lokasi yang mempunyai musim ikan tamban.

4. Sampel ikan tamban/sardin di pasar atau di jeti pendaratan ikan diambil untuk pemeriksaan fizikal (warna dan perubahan bahagian abdomen) seterusnya dibelah bagi tujuan penyelidikan.

5. Unit Biosekuriti Perikanan di setiap negeri juga digerakkan untuk melakukan pemantauan serta mengenal pasti spesis-spesis ikan yang didaratkan.

6. Buat masa ini, hasil dari pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak biosekuriti negeri-negeri dan juga NaFISH mendapati tiada penemuan ikan seperti yang ditularkan (viral) dalam negara. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT Jabatan Perikanan Malaysia 27 Oktober 2017 (Jumaat)

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

ikan

ikan1

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Tular Babi Mangalitsa30 SYAWAL 1438 H/24 JULAI 2017 M)

Sebagai makluman, ianya adalah tular yang tersebar luas dan pernah diberi penjelasan oleh Bahagian Hab Halal JAKIM pada 16 Februari 2015 di:- http://bit.ly/2uOhiYv Pengguna Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak perlu merasa bimbang tentang kemasukan daging haiwan spesis berkenaan ke Malaysia atau berlaku kekeliruan dengan daging kambing. Ini adalah kerana daging kambing/biri-biri yang diimport masuk ke Malaysia tidak dibawa masuk dari negara Eropah tetapi dari negara lain yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jakim.

Sebagai tambahan, babi spesis Mangalitsa atau Mangalica ini bukanlah kacukan babi dan biri-biri, ianya adalah spesis babi di Hungary yang merupakan kacukan antara beberapa spesis babi baka Eropah. Semua loji sembelihan halal yang diluluskan telah melalui pemeriksaan ketat sebelum mendapat kelulusan.

Dalam memberi kelulusan halal, peruntukan di dalam standard MS1500:2009 bagi makanan halal jelas menyatakan bahawa najis babi termasuk keturunannya dan terbitan daripadanya adalah merupakan kategori najis Mughallazah. Manakala bagi penggunaan kulit, tulang dan bulu haiwan, standard barang gunaan islam MS2200-2:2013 menjelaskan bahawa barangan gunaan halal yang bersumberkan bahan berkenaan tidak boleh mengandungi apa-apa bahan yang diperolehi daripada anjing, babi dan keturunannya termasuk juga semua terbitan daripadanya. Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

mangalista

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Tular Isu Kod E16 RAMADHAN 1438 H/10 JUN 2017 M

Dakwaan kod panduan lemak babi dalam makanan dan minuman kembali ditularkan oleh pengguna di media sosial. Untuk makluman, Kod E bukan merujuk kepada bahan berunsurkan haram namun ianya merupakan kod untuk bahan tambah (aditif) dan selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah. Perincian berkenaan isu kod E dan pengkelasannya pernah dijelaskan oleh JAKIM di:- http://bit.ly/PengkelasanKodE Selain itu, di dalam tular tersebut turut dikaitkan nama Dr Safurah dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk makluman, ianya adalah tuduhan liar kepada beliau.

Ikuti perincian jawapan di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuDrSafurah Manakala berkenaan dakwaan risalah produk tidak halal yang didakwa dari Dr Rasheed Mos juga adalah tidak benar dan pernah dijawab oleh pihak kami di:- http://bit.ly/PenjelasanDakwaanDrRasheed Perlu diketahui, tidak kesemua senarai produk berkenaan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau Sijil Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Dakwaan yang menyatakan bahawa JAKIM mengesahkan produk-produk berkenaan tidak halal juga adalah tidak benar. Justeru, jadilah pengguna media sosial yang bijak dengan menyemak terlebih dahulu sesuatu isu halal yang tular sebelum menyebarkannya. Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Senarai Logo Halal Luar Negara yang Diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:- http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

kode

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Penjelasan Berkenaan Tular Risalah Dr. Rasheed Mos14 RAMADHAN 1438 H/09 JUN 2017 M

Risalah senarai produk tidak halal yang didakwa dari Dr Rasheed Mos serta beberapa agensi awam dan institusi pengajian tinggi kembali tular dan dikongsi oleh netizen di media sosial. Untuk makluman, isu tersebut telah mula ditularkan sejak tahun 2008 dan telah diberi penjelasan oleh JAKIM. Berdasarkan semakan rekod dari Universiti Malaya yang dibuat ketika itu tiada nama Dr Rasheed Mos dalam senarai perkhidmatan di universiti berkenaan. Manakala berdasarkan semakan pihak kami, ada di antara senarai produk tersebut yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Sijil Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM serta terdapat juga senarai produk yang belum memiliki pengesahan atau pensijilan halal dari mana-mana agensi pensijilan luar negara yang diiktiraf. Perlu diketahui, sesuatu produk atau premis yang tidak mempunyai pensijilan halal Malaysia atau Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM, bermaksud tiada pihak berwibawa yang mengesahkan status halal produk atau premis berkenaan.

Justeru, selaku agensi pensijilan halal saranan pihak kami utamakanlah produk atau premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Untuk mengetahui status halal produk dan premis makanan yang menpunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Senarai Logo Halal Luar Negara yang Diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:- http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my ☎ 03-8892 5000/1

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

rasheed

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Viral Mee Segera Ramyeon - SAMYANG:- BHG III14 RAMADHAN 1438 H/09 JUN 2017 M

Viral mengenai status halal produk ini kembali menerjah akaun FB Bahagian Hab Halal. Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim. Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh mereka beberapa bulan yang lalu, didapati bahawa produk mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini.

KMF mendakwa bahawa, syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan, malah pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF Kenyataan ini diperkukuhkan lagi / turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana TIADA DNA BABI dikesan pada produk tersebut. Sehubungan itu pengguna adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan. Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar ‘myJakim’.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu #halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di: - http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :- http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

samyam

samyam1

Logo-logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di www.halal.gov.my atau di koleksi berikut :-

http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara