Waktu Solat
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 26/09/2018
  • Imsak 05:35
  • Subuh 05:45
  • Syuruk 07:01
  • Zohor 13:06
  • Asar 16:12
  • Maghrib 19:08
  • Isyak 20:17

 

SEMINAR SINGLE COUPLE DOUBLE TROUBLE PERINGKAT DAERAH REMBAU 

 

Seminar Single Couple Double Trouble Peringkat Daerah Rembau
Seminar Single Couple Double Trouble Peringkat Daerah Rembau
Seminar Single Couple Double Trouble Peringkat Daerah Rembau
Seminar Single Couple Double Trouble Peringkat Daerah Rembau
Seminar Single Couple Double Trouble Peringkat Daerah Rembau

 

REMBAU, 16 April 2018 - Seminar Single Couple Double Trouble anjuran Unit Nikah Cerai Rujuk Dan Unit Rundingcara Pejabat Agama Islam Daerah Rembau telah diadakan di Dewan Agora, Rembau. 
 
Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kawasan Chembong,  Yb Dato' Haji Zaifulbahri Haji Idris hadir menyempurnakan majlis perasmian tersebut. 
 
Program diadakan bertujuan untuk memberi input kepada masyarakat dan orang ramai tentang tanggungjawab sebagai suami isteri, menggalakkan proses pembelajaran secara berterusan dalam mendidik, membentuk sahsiah dan peribadi intelek serta ilmu pengetahuan. 
 
Dalam seminar ini juga para peserta dapat bertukar-tukar fikiran antara pasangan suami isteri bagi mengukuhkan dan menjaga ekonomi rumah tangga agar sumber kewangan dapat diurus dengan lebih baik. 
 
Forum bertajuk Single Couple Double Trouble disampaikan oleh dua penel yang dijemput khas iaitu Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM), Encik Syamsul Amri Ismail, Ketua Kaunselor Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS),  Ustaz Norazman Amat manakala Penolong Pengarah Unit Kerurusetiaan Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ustaz Tengku Noriftah Tengku Jamil bertindak sebagai moderator.
 
Selain itu, ceramah bertajuk Kekeluargaan telah disampaikan oleh Ustazah Nor Laila Aniza Zakaria. 
 
Hadir sama, Penolong Pegawai Agama Islam Daerah Rembau, Ustaz Abdul Baasit Haji Omar.
 
 
 

 

Disediakan oleh: PAID Rembau