waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Daerah Kuala Pilah 1439H/2018M Dan Perasmian Masjid Dato' Undang Haji Muhammed Kariah Felda Kepis31171544 2067404973585312 3679858559656394752 n

KUALA PILAH, 24 April 2018 - Undang Luak Johol, Yang Teramat Mulia (YTM) Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato' Haji Mohammed Haji Abdullah beserta isteri Yang Amat Mulia Tok Puan Faridah Hanom Jaafar berkenan hadir ke Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Daerah Kuala Pilah 1439H/2018M Dan Perasmian Masjid Dato' Undang Haji Muhammed Kariah Kepis, Kuala Pilah malam tadi.

Masjid Kariah Felda Kepis telah dibina pada tahun 1983 dan pengasasnya adalah pihak pengurusan FELDA, masjid ini dibina setelah peneroka-peneroka tanah rancangan FELDA yang mendudukinya.

Pada awal pembinaan masjid ini, ahli jemaah adalah seramai 100 orang dan kini telah mencapai bilangan sehingga 450 orang.

Masjid Felda Kepis kini telah dikenali sebagai Masjid Dato' Undang Haji Muhammed yang mana di ambil sempena nama Y. T. M Undang Luak Johol Ke-15, Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Dato' Haji Muhammed Haji Abdullah.

Yang Teramat Mulia juga turut menandatangani Plak Perasmian Masjid sebagai simbolik perasmian serta menyampaikan bantuan tahunan bagi masjid-masjid Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling.

Selain itu juga, majlis diserikan lagi dengan bacaan Tilawah Al-Quran oleh Johan MTAQ Negeri Sembilan, Ustaz Ahmad Basyir Abu Bakar serta Ceramah Khas Israk Mikraj oleh Imam Muda Asyraf.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Ismail Lasim; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Dato' Haji Selamat Paigo dan Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah.