Waktu Solat
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 26/09/2018
  • Imsak 05:35
  • Subuh 05:45
  • Syuruk 07:01
  • Zohor 13:06
  • Asar 16:12
  • Maghrib 19:08
  • Isyak 20:17

BENGKEL SUAMI ISTERI MODUL PASCA PERKAWINAN “BULAN MADU” SIRI 1/2018

Pasca Perkahwinan Siri 1/2018
Pasca Perkahwinan Siri 1/2018
Pasca Perkahwinan Siri 1/2018
Pasca Perkahwinan Siri 1/2018
Pasca Perkahwinan Siri 1/2018
Pasca Perkahwinan Siri 1/2018
Pasca Perkahwinan Siri 1/2018

 

PORT DICKSON, 27 April 2018 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah telah mengadakan Bengkel Suami Isteri Modul Pasca Perkahwinan “Fasa Bulan Madu” di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson pada 27 hingga 29 April 2018. Program kali ini khusus bagi pasangan suami isteri yang usia perkahwinan 0 - 5 tahun dan telah disertai oleh 22 pasangan.

Program ini telah berjaya mencapai objektif berikut :

  1. Memberi kesedaran dan motivasi tentang peranan serta tanggungjawab suami isteri yang sebenarnya.
  2. Memberi pendedahan berkaitan teknik dan kemahiran suami isteri dalam menguruskan soal-soal kehidupan berumahtangga.
  3. Meningkatkan dan memantapkan institusi keluarga ke arah menyumbang pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan masyarakat dan Negara.

Program ini selari dengan dasar kerajaan membentuk sebuah institusi keluarga yang kukuh dan harmoni. Kerajaan Negeri juga komited dalam usaha untuk menurunkan kadar perceraian di Negeri Sembilan khususnya dan turut menyarankan agar kekerapan perlaksanaan Kursus Pasca Perkahwinan perlu ditambah bagi mengelakkan kes penceraian meningkat.

Pelbagai topik telah dibincangkan antaranya Pengurusan kesihatan keluarga, Pengurusan kewangan keluarga, Motivasi dan pengurusan psikologi serta Pengurusan stress melalui ibadah dalam rumahtangga. Topik-topik ini telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang bertauliah dan berpengalaman.

Program ini juga banyak menggunakan metod latihan dalam kumpulan di samping menekankan penglibatan aktif daripada kalangan peserta. Kehadiran peserta diwajibkan bersama pasangan bagi membolehkan perubahan sikap dan tingkahlaku dapat diaplikasikan sepenuhnya.  Semua pasangan terlibat aktif dalam aktiviti yang telah disediakan. Rata-rata peserta berpuas hati dengan program ini dan merasakan ia wajar dilaksanakan.

 

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS