waktu solat
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 23/10/2018
  • Imsak 05:28
  • Subuh 05:38
  • Syuruk 06:55
  • Zohor 12:59
  • Asar 16:16
  • Maghrib 18:59
  • Isyak 20:09

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH REMBAU 1440H/2018M

sambutan maal hijrah peringkat daerah rembau
sambutan maal hijrah peringkat daerah rembau
sambutan maal hijrah peringkat daerah rembau
sambutan maal hijrah peringkat daerah rembau
sambutan maal hijrah peringkat daerah rembau
sambutan maal hijrah peringkat daerah rembau
sambutan maal hijrah peringkat daerah rembau
sambutan maal hijrah peringkat daerah rembau
 
 

 

REMBAU, 19 Sept 2018 - Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Luak Rembau,  Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Haji Othman  berkenan hadir ke Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Rembau 1440H/2018M  bertempat di Dewan Seri Rembau, hari ini.

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Rembau ini adalah program tahunan anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Daerah Rembau telah dihadiri seramai 1000  orang kakitangan kerajaan, badan bukan kerajaan, ngo, pelajar kolej swasta dan sekolah serta penduduk sekitar Daerah Rembau. 

Ke Bawah Kaus YTM Undang Luak Rembau juga berkenan menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Ulama' Silam Dan Maal Hijrah yang disandang oleh Tuan Haji Azahari Abdul Samad dari Kampung Waris Chembong, serta Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 1440/2018M yang disandang oleh Ybhg. Dato' Dr. Hajjah Zailan Dato' Haji Adnan yang membawa pulang Wang Tunai bernilai RM 1000, jubah, sijil penghargaan serta piala iringan. Selain itu juga Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Khas Pentadbiran Masjid serta Anugerah Kepimpinan Saudara Baru juga disampaikan oleh YTM Undang Luak Rembau.

Forum yang bertajuk 'Terus Mencintai' turut diadakan dan dikelolai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Shah Rizan Ibrahim bersama dua  panel jemputan khas  iaitu Ybhg. Dato' Haji Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz serta Ybhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan,Ybhg. Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad, Pegawai Daerah Rembau, Ybhg.Tuan Amino Agos Suyob dan Pegawai Agama Islam Daerah Rembau, Ustaz Fadhli Yutiman.

Disediakan oleh: PAID Rembau