waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW DAN PENYAMPAIAN HADIAH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH TAMPIN TAHUN 1440H / 2018M

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tampin Tahun 1440H / 2018M, 23 November 2018

TAMPIN, 23 Nov 2018 – Ke Bawah Kaus YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin berkenan menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tampin Tahun 1440H/2018M. Majlis anjuran pentadbiran Daerah Tampin ini telah diadakan di Masjid Kariah Kg Ulu Yoh Baru, Tampin. Penganjuran kali ini digabungkan dengan acara penyampaian hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tampin Tahun 1440H/2018M yang telah berlangsung pada 15 November 2018 yang lalu. Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Dr. Hasan bin Bahrom, Ahli Parlimen Kawasan Tampin; Puan Suhaiza binti Sharudin, Pegawai Daerah Tampin dan Ustaz Muhyidin bin Aziz @ Saari, Pegawai Agama Islam Daerah Tampin.

Dengan tema “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”, majlis sempena memperingati kelahiran Rasulullah SAW ini telah diserikan dengan santapan rohani dan perkongsian ilmiah oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Shah Rizan bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan JAKIM.

Seusai ceramah, Ke Bawah Kaus YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin berkenan menyempurnakan acara penyampaian hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tampin 1440H/2018M yang melibatkan peserta seramai 11 Qari dan 12 Qariah. Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah berupa wang tunai, sijil penyertaan dan hadiah iringan, manakala juara setiap kategori turut membawa pulang piala pusingan.

Berikut ialah keputusan Majlis Tilawah Al-Quran kali ini :-

Johan Qari         : Mohamad Shukri bin Hj. Abdul Kudus

Naib Johan Qari : Ahmad Muhammad Mujaddid bin Izhari

Ketiga Qari         : Alif Aimullah bin Mohsin

Saguhati Qari     : Fadhli Rabah bin Mustapha Kamal

Johan Qariah         : Nurul Izzah binti Mohd Fauzi

Naib Johan Qariah : Noor Hamiza binti Mustapa

Ketiga Qariah         : Norazimah binti Hj. Tajuddin

Saguhati Qariah     : Norlinda binti Panidi

Johan Qari Remaja          : Muhammad Amnan bin Muhammad Sani

Naib Johan Qari Remaja  : Harith Safwan bin Mohd Safari

Ketiga Qariah Remaja      : Shamsul Farish Aiman bin Shamsul Anuar

Saguhati Qari Remaja      : Ikram Syakir bin Norazminordin

Johan Qariah Remaja         : Nurul Izzah binti Norazminordin

Naib Johan Qariah Remaja : Khairatun Nur Zarith Zulfa binti Abu Bakar

Ketiga Qariah Remaja         : Sakinah binti Mad Hajat Din

Saguhati Qariah Remaja     : Nurul Ain Arbaiyah binti Mohd Anif

Johan Qari Veteran         : Abu Kassim bin Hj. Mohd Ali

Naib Johan Qari Veteran : Mohd Diah bin Ismail

Ketiga Qari Veteran         : Ali Akbar bin Khatib Ali

Saguhati Qari Veteran     : -

Johan Qariah Veteran         : Hjh. Faridah binti Hj. Ahmad

Naib Johan Qariah Veteran : Radias binti Basri

Ketiga Qariah Veteran         : Ruhana binti Awal

Saguhati Qariah Veteran     : Rabiah binti Hj. Pilus

Pemenang Tajwid Tertinggi : Muhammad Amnan bin Muhammad Sani

Selain itu, YTM Tunku Besar Tampin turut berkenan menyampaikan Anugerah Khas Masjid Terbaik. Masjid Kariah Kg Bangkahulu menerima Anugerah Persekitaran Masjid Terbaik, Masjid Kariah Kg Seri Asahan menerima Anugerah Kemudahan Prasarana Masjid Terbaik manakala Masjid Kariah Kg Pasir Besar menerima Anugerah Pengimarahan Masjid Terbaik dan Masjid Kariah Kg Batang Rokan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik.

Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan makan malam.

Disediakan oleh :

PAID Tampin