waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

ITQAN FESTIVAL (IFEST) 2018 DISAMBUT MERIAH

ITQAN Festival (IFEST), 17 November 2018

ITQAN, 17 November 2018 – ITQAN Festival (IFEST) mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Siswa & Siswi Itqan (PAKSI) dengan kerjasama Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) .

Bertemakan ‘one step closer’, para pengunjung disajikan dengan program untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Antara program yang diatur adalah slot Tahsin Solat bersama Ustaz Muhamad Khushairi Bin Hamthan, pertandingan hafazan, pertandingan azan dan pertandingan mewarna. Festival ini juga diserikan lagi dengan persembahan menarik dari kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di negara kita iaitu Rabbani. Acara kemuncak festival, sembang santai dengan tema ‘selangkah mendekati Allah’, gandingan istimewa Ijam Medicine dan Imam Muda Fattah dan persembahan iringan oleh kumpulan nasyid Rabithah.

Itqan Festival (IFEST) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Hasan Bin Bahrum, Ahli Parlimen Tampin. Turut hadir dif-dif kehormat memeriahkan lagi program ini antaranya, wakil Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, KPP Pengurusan Masjid dan Surau, Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah Tampin (pendidkan), Pengetua Maahad Ahmadi dan wakil ketua-ketua jabatan.

Disediakan oleh :

ITQAN