waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH REMBAU 

Majis Sambutan maulidur Rasul Peringkat Daerah Rembau

REMBAU, 23 NOV - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rembau 1440H/2018M telah diadakan bertempat di perkarangan Masjid Jamek An-Nur Rembau bagi meraikan hari kebesaran Islam iaitu hari kelahiran Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Rembau dan Pentadbiran Daerah Rembau.
 
Disamping itu, majlis ini juga bertujuan menyambut Ulangtahun Ke 20 Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Menyandang Pesaka Undang Luak Rembau Ke 21 Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Haji Othman.

Majlis dimulai dengan solat maghrib berjemaah, bacaan Yassin, tahlil, doa selamat serta Solat Isyak berjemaah dan diteruskan dengan alunan qasidah oleh kumpulan Qasidah Sekolah Tinggi Islam As-Sofa.

Ustaz Dato' Dr. Izhar Ariff, penceramah selebriti juga telah menyampaikan satu ceramah khas sempena maulidur rasul, seramai lebih kurang 1000 orang yang turut hadir dikalangan kakitangan kerajaan, para guru, pelajar dan masyarakat setempat hadir bersama-sama bagi memeriahkan majlis Sambutan Maulidur Rasul ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Rembau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk, Tuan Amino Agos Suyub dan Pegawai Agama Islam Daerah Rembau, Ustaz Fadhli Yutiman.

Disediakan oleh: PAID Rembau