waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN MURID/GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI (SMAN) TAHUN 2018

Klinik Pembangunan Sukan Murid/Guru SMAN Tahun 2018, 12 November 2018

Gemencheh, 12 November 2018 - Aktiviti memperkasa kualiti murid dan guru SMAN di bidang sukan sangat penting sebagai persediaan menghadapi kejohanan sukan. Untuk itu, Bahagian Pendidikan JHEAINS dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Sembilan telah mengadakan Klinik Sukan pada 12 & 19 November 2018, bagi menggilap kemahiran sedia ada murid di acara sukan permainan, bertempat di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) dan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) Gemencheh.

Klinik Sukan ini merupakan program tahunan JHEAINS yang melibatkan murid-murid tingkatan 1, 2, 3 & 4 berjumlah 300 orang pelajar bersama 20 orang guru-guru penasihat permainan dengan bimbingan 30 orang jurulatih/pembantu jurulatih Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Sembilan bagi acara bola sepak, sepak takraw, memanah, bola tampar, badminton dan ping pong.

Klinik kali ini bermula dengan sesi ujian fizikal murid sehingga tengahari. Ianya melibatkan aktiviti TID iaitu bateri ujian, kelenturan, kuasa, ketangkasan, kekuatan dan daya tahan otot.

Pada sesi petang, semua murid yang disaring berlatih dengan bimbingan jurulatih pakar dari MSN dengan kehadiran bersama guru-guru penasihat permainan bagi menimba ilmu baru dari jurulatih MSN pada acara berkenaan. 

Latihan permainan dilaksanakan pada sesi petang. Bagi acara bola sepak, sepak takraw, memanah, bola tampar, di MANS, manakala acara badminton dan ping pong dijalankan di Dewan Asy-Syatibi ITQAN,Gemencheh.

Strategi ini diharapkan mampu menaikkan semangat dan memperkasa kemahiran individu murid bagi setiap acara bagi menghadapi sebarang kejohanan pada tahun hadapan terutamanya Ihtifal Sukan Negeri (IhSaN) dan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan anjuran JAKIM. 

Disediakan Oleh :

Bahagian Pendidikan