waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

BENGKEL PEDAGOGI PENGAJARAN BAHASA ARAB KEPADA GURU TADIKA ISLAM YANG BERDAFTAR

DI BAWAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Bengkel Pedagogi Pengajaran Bahasa Arab, 14 November 2018

Port Dickson, 14 November 2018 - Bengkel Pedagogi Bahasa Arab kepada guru-guru Tadika Islam yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah diadakan pada 14 - 15 November 2018. Bengkel ini diadakan di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Objektif bengkel pedagogi ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru berkaitan kaedah “mudah dan seronok” untuk belajar Bahasa Arab khusus kepada anak-anak tadika nanti.

Bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Zulkarnain bin Itam, Guru Penolong Kanan Maahad Ahmadi, Gemencheh dan dibantu oleh seorang fasilitator Encik Amir Hamzah. Beliau merupakan seorang guru yang berpengalaman dan telah memperkenalkan kaedah baru dalam pembelajaran Bahasa Arab iaitu KEMBAQ (kemahiran Bahasa Al-Quran) yang mudah lagi menyeronokkan.

Dalam bengkel ini guru-guru diberikan penerangan dan latihan amali untuk menyebut kalimah-kalimah Bahasa Arab secara berlagu dan dalam bentuk permainan. Kaedah ini menjadikan suasana bengkel ceria dan guru-guru sangat teruja ketika mengikutinya sepanjang berbengkel. Kaedah ini dilaksanakan secara latih tubi dalam pelbagai permainan agar guru akan mudah dan seronok untuk mengajar di tadika nanti.

Dalam kertas penilaian peserta, para peserta telah menyatakan kaedah ini telah memudahkan untuk mengingat kalimah-kalimah Bahasa Arab tersebut dan mengharapkan agar bengkel lanjutan dapat dilaksanakan di masa akan datang.

Disediakan Oleh :

Bahagian Pendidikan