waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

KONVENSYEN KEKELUARGAAN ISLAM

NEURO-PARENTING: KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN SAINTIFIK DAN ISLAMIK

Konvensyen Kekeluargaan Islam, 21 November 2018

SEREMBAN, 21 Nov 2018 - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) YBhg. Ustaz Mohd Zaidi Bin Ramli telah menyempurnakan penutupan Konvensyen Kekeluargaan Islam bertempat di dewan besar Pusat Dakwah Islamiah, Negeri Sembilan. Hadir sama ialah Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian dan Pegawai- Pegawai  Agama Islam Daerah.

Konvensyen yang dihadiri oleh 359 orang peserta telah mengupas tiga topik yang penting dalam usaha memperkasakan kemahiran keibubapaan.

Pembentangan pertama bertajuk Al-Quran Sebagai Sumber Neuro-Terapi Dalam Keluarga telah dikupas oleh YBhg. Ustaz Tuan Haji Norakyairee bin Mohd Raus, Pensyarah Kanan/Koordinator, Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Manakala pembentangan kedua dan ketiga menyentuh mengenai topik Neuro Parenting: Fungsi Otak Dan Perkembangannya Dalam Pola Asuhan Keluarga  dan Keunikan Fungsi Otak Lelaki vs Perempuan: Kaitannya Dengan Kemahiran Keibubapaan. Kesemua tajuk ini telah dibentang oleh YBhg. Dr Rizal Abu Bakar, Pensyarah/ Kinikal Psikologis Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga Brain Expert.

Sempena konvensyen ini juga,  beberapa agensi telah mengadakan booth pameran. Antaranya ialah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Bahagian Pengurusan Halal, Bahagian Penguatkuasaan, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pengarah JHEAINS dalam ucapannya menegaskan pentingnya institusi keluarga sebagai benteng utama untuk kesejahteraan masyarakat. Beliau turut menggesa agar ibubapa sebagai tonggak utama dalam keluarga mendalami kemahiran keibubapaan Islam yang telah terbukti berkesan dalam pembentukan generasi. Beliau juga memberi saranan agar bengkel berbentuk kemahiran perlu diperluaskan bagi melahirkan ibubapa yang mempunyai skil keibubapaan bagi menangani isu pendidikan anak-anak generasi alaf baru.

Disediakan oleh :
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan