waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

SEMINAR PROFESIONALISME GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI (SMAN) TAHUN 2018

Seminar Profesionalisme Guru SMAN Tahun 2018, 19 November 2018
Seminar Profesionalisme Guru SMAN Tahun 2018, 19 November 2018
Seminar Profesionalisme Guru SMAN Tahun 2018, 19 November 2018
Seminar Profesionalisme Guru SMAN Tahun 2018, 19 November 2018
Seminar Profesionalisme Guru SMAN Tahun 2018, 19 November 2018
Seminar Profesionalisme Guru SMAN Tahun 2018, 19 November 2018

GEMENCHEH, 19 November 2018 - Usaha memperbaharui maklumat guru-guru dengan perubahan dan transformasi pendidikan murid adalah perkara penting bagi memperkasa informasi warga pendidik supaya setara dengan guru arus perdana. Untuk itu, Bahagian Pendidikan JHEAINS dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengadakan Seminar Profesionalisme Guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) pada 19 November 2018 yang lalu bertempat di Pusat Sumber Sekolah (PSS), Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) Gemencheh.

Seminar ini dihadiri oleh 40 orang guru dari guru-guru SMAN/SMAR & SRI. Guru jemputan dari sekolah kawalan JHEAINS yang melaksanakan kurikulum perdana adalah dari Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS), Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN),  Maahad Tahfiz As-Sai’diyyah (MTAS), Sekolah Menengah Seri Setia (MISS), Sekolah Rendah Islam As-Sai’diyyah (SRIAS), Sekolah Rendah Islam Seri Seremban (SRISS), Sekolah Rendah Islam Raudhatul Ulum, (SRIRU) Lukut Port Dickson.

Turut hadir sama sebagai pendengar pada seminar ini ialah sejumlah 58 orang murid yang terdiri dari Pengawas sekolah dan pengawas asrama MANS bagi sesi 2018/2019.

Seminar separuh hari ini diisi dengan taklimat dan isu-isu berkaitan Pengurusan Disiplin Murid dan Pengurusan Asrama. Sesi sola jawab peserta dengan penceramah diadakan pada akhir setiap sesi.

Seminar ini berakhir dengan ucapan penutup oleh Tuan Hj. Abdul Rahim bin Ma’amor, Pengetua Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, diikuti dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada fasilitator jemputan dari Unit HEM, JPNS serta sesi bergambar.

 

Disediakan Oleh :

Bahagian Pendidikan