waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

MAJLIS TAKLIMAT KESELAMATAN SEKOLAH (SALAH LAKU) OLEH PEGAWAI PDRM,

KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA NEGERI SEMBILAN

Majlis Taklimat Keselamatan Sekolah (salah laku) oleh Pegawai PDRM, 23 November 2018

SEREMBAN, 23 November 2018 - Taklimat Keselamatan Sekolah (salah laku) telah diadakan pada 23 November 2018 di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan. Taklimat keselamatan sekolah ini telah disampaikan oleh ASP Cik Maggie bersama ASP Puan Razimah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan. Seramai 70 orang Pengetua dan guru dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Swasta dan Madrasah serta Maahad Tahfiz Swasta di Negeri Sembilan.

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan tentang beberapa kes salah laku yang telah berlaku di sekolah khususnya di asrama sekolah. Dalam taklimat ini, para peserta telah diterangkan beberapa langkah-langkah yang perlu dilakukan terlebih dahulu agar kejadian kes salah laku ini tidak berulang dan tidak berlaku di sekolah masing-masing.

Penceramah juga turut menegaskan bahawa beberapa seksyen jenis kesalahan yang boleh dijatuhkan kepada mana-mana pesalah yang melakukan kesalahan ini dan berkaitan. Pihak jabatan juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan yang telah banyak membantu. Para peserta mengharapkan taklimat seumpama begini khususnya yang berkaitan dengan peraturan dan undang-undang wajar untuk dilaksanakan lagi.

Disediakan Oleh :

Bahagian Pendidikan, JHEAINS