waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

KHIDMAT UMMAH 2018 (KHIDMAH) MELAHIRKAN HUFFAZ PROFESIONAL

Khidmat Ummah 2018 (KHIDMAH), 23-25 November 2018

ITQAN, 25 November 2018 – Khidmat Ummah 2018 (KHIDMAH) kali keempat melahirkan huffaz profesional. Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) telah berjaya melangsungkan program tahunannya kali keempat  pada 23-25 November 2018. Program ini diadakan di Felda Raja Alias 4 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Program ini merupakan anjuran Persatuan Kebajikan Siswa & Siswi  Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (PAKSI) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)  dan Pengurusan dan Pentadbiran Felda Raja Alias 4.      

Seramai 80 orang pelajar telah dipersetujui untuk menjadi anak angkat kepada 18 buah keluarga. Agenda utama program ini adalah untuk melatih mahasiswa dan mahasiswi ITQAN supaya berbakti kepada keluarga angkat masing-masing serta mengeratkan silaturrahim antara penduduk Felda Raja Alias 4. Antara lainnya, adalah untuk melahirkan huffaz profesional dalam pelbagai bidang serta melatih kemahiran asas kepimpinan dan komunikasi berkesan, dan juga untuk memberi pendedahan awal tentang dunia masyarakat yang sebenar.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program, antaranya mengecat balai raya, gotong royong membersihkan masjid, pertandingan futsal dan permainan tradisional  dan ceramah perdana. Turut hadir Ustaz Azhar Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid, JHEAINS bagi merasmikan majlis penutupan program KHIDMAH 2018. 

Disediakan oleh :

ITQAN