MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH REMBAU 

Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Daerah Rembau
Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Daerah Rembau
Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Daerah Rembau
Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Daerah Rembau
Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Daerah Rembau
Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Daerah Rembau
Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Daerah Rembau
 

 

Rembau, 20 Disember 2018 – Pentadbiran Daerah Rembau telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Rembau 1440H / 2018M bertempat di Masjid Jamek An Nur, Rembau.

Seramai 24 orang peserta terdiri enam kategori iaitu Kategori Remaja Lelaki, Kategori Remaja Perempuan, Kategori Dewasa Lelaki, Kategori Dewasa Perempuan, Kategori Veteran Lelaki dan Kategori Veteran Perempuan melibatkan 12 Qari dan 12 Qariah telah menjalani saringan bermula 13 Disember 2018 bertempat di Masjid Jamek An Nur Rembau.

Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Luak Rembau, Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Mohd Sharif Haji Othman berkenan hadir untuk merasmikan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Rembau dan menyampaikan Hadiah kepada para pemenang Tilawah Al-Quran.

Johan Kategori Remaja Lelaki disandang oleh Shahrul Naem Bin Abdul Mukti; Kategori Remaja Perempuan, Nurul Aiman Abdul Rahman; Kategori Dewasa Lelaki Muhammad Hakim Abd Aziz; Ketegori Dewasa Perempuan Siti Aisyah Baain manakala Kategori Veteren Lelaki disandang oleh Abdul Mukti Lebai Ali dan Kategori Veteran Perempuan disandang oleh Hajah Siti Gayah Tahir, masing-masing membawa pulang wang tunai RM1000, sijil penyertaan, hadiah iringan serta sumbangan wang tunai daripada YTM Dato' Undang Luak Rembau.

YTM Undang Luak Rembau juga turut berkenan menyampaikan hadiah kepada empat Anugerah Masjid Terbaik Daerah Rembau iaitu Masjid Kariah Pekan Pedas yang telah memenangi Kategori Prasarana Terbaik, Sementara Kategori Persekitaran Terbaik dimenangi oleh Masjid Kariah Penajis, Masjid Kariah Batu 17 Chembong pula merangkul Kategori Pengurusan Terbaik dan Kategori Pengimarahan Terbaik dirangkul oleh Masjid Kariah Lubok China. Satu ceramah perdana juga telah disampaikan oleh Imam Muda Hassan yang bertajuk Al-Quran KalamAllah.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Sohibus Samahah Dato' Haji Yusof Haji Ahmad; Ketua Hakim Syarie Yang Amat Arif Tuan Abas Nordin; Pegawai Daerah Rembau Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al- Quran, Tuan Amino Agos Suyub dan Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Daerah Rembau, Ustaz Fadhli Yutiman turut hadir sama dalam Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Rembau.

Disediakan Oleh :

Pejabat Agama Islam Daerah Rembau

Koleksi Video