MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN JAWATANKUASA KARIAH DAN PEGAWAI MASJID NEGERI SEMBILAN SESI 2019-2020 BAGI DAERAH TAMPIN

Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri Sembilan Sesi 2019-2020 bagi Daerah Tampin, 4 Januari 2019

TAMPIN, 4 Januari 2019 – Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri  Sembilan Sesi 2019-2020 bagi Daerah Tampin telah berlangsung pada hari ini di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Tampin.

Seramai 28 orang Pengerusi Jawatankuasa Kariah mewakili masjid-masjid dalam Daerah Tampin telah hadir bagi menerima surat pelantikan yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Hilal bin Kasim, Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah Tampin.

Majlis yang dimulakan pada pukul 10.30 pagi tadi, dimulakan dengan ucapan dan taklimat ringkas berkaitan penyerahan tugas dan tanggungjawab jawatankuasa kariah dan pegawai masjid untuk melaksanakan amanah berdasarkan Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah Masjid (Negeri Sembilan) 2002 dan Garis Panduan Pelantikan dan Tugas Pegawai serta Ahli Jawatankuasa Masjid Seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus.

Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri Sembilan Sesi 2019-2020 Daerah Tampin ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2020. Jawatankuasa ini dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berdasarkan peruntukan Seksyen 100 (1) dan Seksyen 104 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 (Pindaan 2012).

Disediakan oleh :

Pejabat Agama Islam Daerah Tampin