MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA KARIAH DAN PEGAWAI MASJID DAERAH REMBAU 

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Daerah Rembau

Rembau, 4 Januari 2019 – Pejabat Agama Islam Daerah Rembau telah mengadakan satu Majlis Penyampaian watikah pelantikan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri  Sembilan Sesi 2019-2020 bagi Daerah Rembau yang telah diadakan di Masjid Jamek An-Nur Daerah Rembau.

Penyampaian watikah lantikan ini telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Baasit Bin Omar, Penolong Pegawai Agama Islam Daerah Rembau kepada  42 orang Pengerusi Jawatankuasa Kariah mewakili masjid-masjid dalam Daerah Rembau yang telah hadir.

Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri Sembilan Sesi 2019-2020 Daerah Rembau ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2020. Jawatankuasa ini dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berdasarkan peruntukan Seksyen 100 (1) dan Seksyen 104 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 (Pindaan 2012).

Majlis dimulakan dengan ucapan dan taklimat ringkas berkaitan penyerahan tugas dan tanggungjawab jawatankuasa kariah dan pegawai masjid untuk melaksanakan amanah berdasarkan Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah Masjid (Negeri Sembilan) 2002 dan Garis Panduan Pelantikan dan Tugas Pegawai serta Ahli Jawatankuasa Masjid Seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus.

Turut hadir Ustaz Ahmad Husaini Bin Ali Napiah, Penolong Pegawai Penyelaras Takmir Daerah Rembau.

Disediakan Oleh :

Pejabat Agama Islam Daerah Rembau

Koleksi Video