MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H PERINGKAT BALAI TUNKU BESAR TAMPIN

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1440H Peringkat Balai Tunku Besar Tampin, 8 Januari 2019

TAMPIN, 8 Januari 2019 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1440H Peringkat Balai Tunku Besar Tampin telah diadakan pada 8 Januari 2019 mulai jam 6.30 petang hingga 10.30 malam bertempat di perkarangan Balai Kediaman Rasmi YTM Tunku Besar Tampin.

Ke Bawah Kaus YTM Tunku Syed Razman ibni al-Marhum Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin dan YM Cik Puan Isteri berkenan berangkat ke majlis tersebut yang bermula seusai solat fardhu Maghrib berjemaah. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah diperdengarkan oleh Syeikh Dr. Solah Muhammad Zaki al-Qadiri dan diikuti oleh persembahan qasidah dari kumpulan al-Magharibah dari negara Maghribi. Kemuncak acara adalah tausiyah oleh al-Habib Umar bin Hamid bin Abdul Hadi al-Jailani, ulamak besar Mazhab As-Syafie di Makkah al-Mukarramah dan diterjemahkan oleh Ustaz Dr. Syuhadak bin Mahmud, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YB Datuk Dr. Hasan bin Bahrom, Ahli Parlimen Tampin, YBhg. Dato’ Dr. Abd Aziz bin Syeikh Abd Kadir, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Puan Suhaiza binti Sharudin, Pegawai Daerah Tampin, YBhg. Dato' Haji Kamal Amran bin Kamarudin, Setiausaha MAINS, YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien bin Abd Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YBhg. Tan Sri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar.

Sambutan pada malam itu turut disertai lebih 500 hadirin termasuk antaranya al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Jufri, Pengasas Ribat al-Jufri, Madinah al-Munawwarah, YBhg. Dato’ Dr. Hj Jamaluddin bin Abd Hamid, Pengerusi Yayasan al-Jenderami Selangor, YBhg. Dato’ Ustaz Hj. Minhat bin Hashim, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin Melaka, YBhg. Dato’ Mohd Najib bin Alwi, Pengerusi Majlis Az-Zikrul Hakim Johor serta para muhibbin (pencinta) ahlul bait dari Makkah al-Mukarramah, Madinah al-Munawwarah, Singapura dan Malaysia. Warga Tampin juga tidak ketinggalan turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Disediakan oleh,

Pejabat Agama Islam Daerah Tampin

Koleksi Video