MAJLIS PENGISYTIHARAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AS-SHAFIE KARIAH FELDA RAJA ALIAS

Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat di Masjid As-Shafie Kariah Felda Raja Alias, 1 Februari 2019

JEMPOL, 1 FEB - Telah berlangsung Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat di Masjid As-Shafie Kariah Felda Raja Alias yang disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) Negeri Sembilan, Tuan Mohd Zaidi Ramli dan ADUN Serting, YB Dato' Haji Shamsulkahar Mat Deli.

Masjid As-Shafie baharu sahaja siap diubah suai pada bulan November 2018 dan diserahkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Jempol kepada JHEAINS pada 15 Januari yang lalu.

Proses menaik taraf masjid ini telah mula dilakukan pada 10 November 2017 dengan anggaran kos sebanyak RM 923,925. 

Majlis penyerahan dan pengisytiharan Solat Jumaat di Masjid As-Shafie  ini juga bertujuan bagi memaklumkan kepada ahli kariah bahawa kebenaran  Solat Jumaat yang sebelum ini didirikan di Surau Felda Raja Alias 3 buat sementara waktu ditarik semula.

Seramai lebih 500 jemaah hadir bersama-sama mendengar pengisytiharan tersebut serta menunaikan solat Fardhu Jumaat.

Turut hadir, Pegawai Agama Islam Daerah Jempol, Sohibus Fadhilah Tuan Muzahar Mat Dali dan Penyelaras DUN Serting, Tuan Haji Abdul Rahman Ramli.

Disediakan Oleh :

Pejabat Agama Islam Daerah Jempol

#UnitMediaMAINS/JHEAINS : Abdul Rahman

Koleksi Video