PROGRAM LIQA' TAKMIR 

program_liqa_takmir
program_liqa_takmir
program_liqa_takmir
program_liqa_takmir
program_liqa_takmir
program_liqa_takmir
 

Buat Julung-julung kalinya, Program Liqa' Takmir telah diadakan bertempat di Masjid Jamek An-Nur Daerah Rembau bermula jam 8:00 pagi. Majlis dimulakan dengan pertemuan semua Guru-Guru Takmir dalam membincangkan isu-isu semasa berkaitan Pengajian Takmir sepanjang tahun 2019 meliputi hala tuju Takmir dan Sesi Dialog bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran Sheikh Abdul Hadi Al-Kharsah, Beliau merupakan seorang Pakar Ilmuan Aqidah, Tarbiyah dan Tasauf  yang berasal dari Negara Syria dan kini menetap di Lubnan. Di kesempatan itu juga guru-guru takmir Daerah Rembau dan hadirin sempat menadah limpahan ilmu yang disampaikan oleh beliau. 

Lebih menguntungkan hadirin apabila majlis  ini merupakan salah satu program dalam jelajah Negeri Sembilan bersama Sheikh Abdul Hadi Al-Kharsah.

Turut Hadir Ustaz Romaizi Idham mewakili Pegawai Takmir Negeri Sembilan dan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Husaini Bin Mohd Ali Napiah, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Rembau, Unit Takmir Pejabat Agama Islam Daerah Rembau bertindak sebagai pengelola majlis ini sepenuhnya.

Disediakan Oleh :

Pejabat Agama Islam Daerah Rembau

 

Koleksi Video