SEMINAR INISIATIF PENSIJILAN HALAL USAHAWAN 2019

Seminar Inisiatif Pensijilan Halal Usahawan Siri 1, 12 Mac 2019

 SEREMBAN, 12 Mac - Bahagian Pengurusan Halal JHEAINS telah menganjurkan Seminar Inisiatif Pensijilan Halal Usahawan 2019 yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 12 hingga 13 Mac 2019. Seminar 2 hari ini telah berlangsung di Sky Ballroom, Palm Hotel, Seremban dengan kehadiran peserta seramai 40 orang. Peserta adalah terdiri daripada usahawan bimbingan MARA, SME Bank, FAMA, Jabatan Pertanian dan RISDA. Objektif penganjuran ini adalah bagi memberi pendedahan dan bimbingan awal kepada para usahawan dalam memohon dan seterusnya memiliki pensijilan halal Malaysia. Para peserta telah didedahkan berkenaan prosedur pensijilan MESTI oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, prosedur permohonan dan penerangan berkenaan Akta Perihal Dagangan 2011 oleh pihak Bahagian Pengurusan Halal JHEAINS. Pada hari kedua, peserta telah diberi bimbingan berkenaan dengan kaedah pengisian maklumat di dalam sistem MYeHalal oleh kakitangan daripada Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Mohd Zaidi Bin Ramli, Pengarah JHEAINS.

Disediakan oleh,

Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS