SEMINAR KESEDARAN DAN KEPENGGUNAAN HALAL 2019

Seminar Kesedaran Dan Kepenggunaan, 12 Mac 2019
Seminar Kesedaran Dan Kepenggunaan, 12 Mac 2019
Seminar Kesedaran Dan Kepenggunaan, 12 Mac 2019
Seminar Kesedaran Dan Kepenggunaan, 12 Mac 2019

 

SEREMBAN, 12 Mac - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menganjurkan Seminar Kesedaran Dan Kepenggunaan 2019. Seminar ini telah berlangsung di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang prosedur pensijilan halal Malaysia. Selain itu, seminar ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada para kakitangan berkenaan peranan serta tanggungjawab mereka dalam memastikan penghasilan produk yang bersih dan selamat. Seramai 122 orang peserta terdiri daripada kalangan pekerja di bahagian pengeluaran / pengurusan telah hadir pada seminar kali ini. Penglibatan pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dalam menyampaikan taklimat berkenaaan Good Hygiene Practice (GHP) dan penceramah bebas, Ustazah Asma' bt Harun yang menyampaikan ceramah yang bertajuk "Makanan Halal Membentuk Keperibadian" menimbulkan impak yang positif di kalangan para peserta. Secara keseluruhannya program ini berjalan lancar dan perlu kepada  pelaksanaan secara berkala khususnya dalam memberi latihan kompeten kepada setiap syarikat pemegang pensijilan halal.

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Halal,

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Mac/2019 - Seminar Kesedaran Dan Kepenggunaan 2019