PROGRAM MOH BERKAMPONG KEK MOSOJID 

Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
Program Moh Berkampong kek Mosojid
 

 

REMBAU, 24-25 April 2019 – Masjid Kariah Pedas Tengah telah mencatat sejarah sebagai masjid yang pertama melaksanakan Program Moh Berkampong Kek Mosojid selama 2 hari 1 malam dan dianjurkan oleh Pentadbiran Daerah Rembau. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak samada agensi kerajaan, swasta, persatuan, Guru-Guru Tahfiz dan ahli kariah.

 

Di antara pengisian yang telah dijalankan sepanjang 2 hari ini ialah :

  • Solat Dhuha, Tazkirah, Tadabbur Surah ( wanita )

Oleh : Ustazah Fadilon Hj Md Shah dan Ustazah Nik Norsaha bin Nik Mohammad

  • Tafaqquh Kitab ( Imam-Imam Daerah Rembau )

Oleh : Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Khairuddin Bin Hj Yusof

  • Bengkel Pedagogi ( Guru-Guru KAFA Daerah Rembau )

Oleh : Ustaz Sapie Sabilan

  • Ceramah Pengurusan Ibadah Pesakit ( Wanita )

Oleh : Ustazah Norhashimah Bt Ibrahim

  • Ceramah Kesihatan ( Umum )

Oleh : Pejabat Kesihatan Daerah Rembau

  • Kaunter Pameran

Bahagian Pengurusan Halal, Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Pejabat Kesihatan Daerah Rembau, Pejabat Pergigian Daerah Rembau, Ar Rahnu Cawangan Rembau

  • Pertandingan Ilmiah

( Azan, Hafazan Ayat-ayat Lazim )

  • Pertandingan Gubahan, Solekan, Dapur Sihat, Mewarna, Sukaneka dan perlawanan sepak takraw
  • Rempit Dhuha ( Belia, Beliawanis dan Umum ) dan gotong royong mengecat batu nisan di tanah perkuburan Masjid Kariah Pedas Tengah.

Selain pengisian program yang khusus ini, satu pasukan khas telah diwujudkan untuk mengendalikan Kunjungan kasih & banci Al-Fatihah dan dikendalikan oleh Guru-Guru Tahfiz di Daerah Rembau. Pasukan ini akan bergerak dari pagi sehingga petang ke setiap rumah penduduk dengan membawa buah tangan dan membuat bancian fatihah serta menampal ‘sticker’ sebagai bukti kehadiran mereka menziarahi penduduk kampong. Sepanjang program ini dijalankan pasukan ini telah berjaya menziarahi 90 buah rumah dari 160 buah rumah yang berpenghuni dan mencapai objektif matlamat program.

Acara kemuncak pada hari pertaman penganjuran program ini ialah Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Dato’ Ustaz Badli Shah bin Alauddin bersempena Sambutan Israk’ Mikraj Peringkat Daerah Rembau bertajuk “Solat Membentuk Keperibadian Unggul” dan tetamu kehormat pada malam itu ialah Y.T.M Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhammad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau.           

Penutupan program ini telah dijalankan pada hari kedua program dijalankan dan disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Zaidi Bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan. Turut hadir di dalam majlis ini ialah Penyelaras Dun Chembong, Haji Azizan Bin Marzuki, Pengerusi Masjid Pedas Tengah, Encik Hamzan Bin Sharif dan Pengerusi MPKK En Rosli Bin Bakar.

Disediakan Oleh :
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau