PROGRAM KEMBARA IFTAR AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Program Kembara Iftar Agensi Agama Islam Negeri Sembilan

REMBAU, 9 Mei 2019 - Program Kembara Iftar Agensi Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus 2019 telah diadakan di Masjid Kariah Kampung Rendah Rembau.

Tujuan Program Kembara Iftar Agensi Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus 2019 ini adalah untuk merapatkan lagi ikatan ukhwah di antara Agensi Agama Islam di Negeri Sembilan bersama masyarakat setempat.

Program dimulakan dengan majlis Iftar bersama masyarakat setempat. Majlis turut dihadiri oleh YBSS Dato' Mohd Yusof bin Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YBrs. Tuan Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, barisan Ketua Jabatan daripada Agensi Agama Islam Negeri Sembilan dan barisan Pegawai Agama Islam Daerah.

Seterusnya program disambung dengan solat magrib berjemaah, ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid Kariah Kampung Rendah, ucapan oleh YBrs. Tuan Mohd Zaidi bin Ramli Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, solat Isyak berjemaah, solat tarawih berjemaah dan majlis penyerahan cenderahati daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan kepada masjid.

Disediakan Oleh :

Pejabat Agama Islam Daerah Rembau

#  Sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan "Official"