PROGRAM JALINAN KASIH RAMADAN SIRI KETIGA

ANJURAN

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM JHEAINS

Program Jalinan Kasih Ramadan Siri Ketiga, 25 Mei 2019

SEREMBAN, 25 Mei 2019 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Ramadan Siri Ketiga pada 25 Mei 2019/ 20 Ramadan 1440H (Sabtu) bertempat di Pusat Jagaan Anak-anakku Sayang Ar Rayyan, Taman Panchor Jaya. Program ini bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai lapan belas orang penghuni asrama yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf sekolah rendah dan menengah telah mengikuti program tersebut. Antara pengisian program itu ialah ceramah kesihatan yang bertajuk Pengurusan Kesihatan Diri dan Isu-isu Kesihatan Remaja yang telah disampaikan oleh Dr. Abdul Rahman bin Dashuki, Klinik Kesihatan Linggi. Dalam program tersebut para peserta diberikan penekanan dan penerangan berkaitan keburukan merokok, masalah kesihatan mental remaja, isu kecelaruan gender (LGBT) dan penyakit berbahaya HIV/ AIDS. Di samping itu juga turut diadakan aktiviti ramah mesra dan santuni anak yatim/ asnaf bagi tujuan memupuk nilai kasih sayang dan sikap mengambil berat terhadap kebajikan mereka.

Majlis penutup program dimulai dengan ucapan aluan daripada Hajjah Rayah binti Abd Ghani, Pengasas Pusat Jagaan Anak-anakku Sayang dan ucapan majlis penutup telah disampaikan oleh Ustazah Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAINS. Sumbangan barang berupa keperluan diri dan dapur daripada MAINS telah disampaikan kepada pihak pusat jagaan pada program tersebut.

JHEAINS berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan memantapkan perkhidmatan advokasi bersama Pusat Perlindungan, Kebajikan dan Sosial di seluruh Negeri Sembilan.

Disediakan oleh :
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan