TAKLIMAT PENOLONG PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJUK DAERAH REMBAU 

Taklimat Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Daerah Rembau

Rembau, 25 Julai 2019 – Taklimat Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Rembau telah diadakan di Masjid Jamek An-Nur. Seramai 38 orang daripada 43 Penolong Pendaftar yang hadir ke program tersebut.

Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman peserta akan peranan dan tanggungjawab sebagai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Daerah Rembau di samping dapat menerangkan prosedur akad nikah yang berlaku di setiap kariah khususnya kepada pemegang tauliah yang baru dilantik sebagai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

Selain itu, melalui program ini, Penolong Pendaftar dapat menjalankan tugas yang diberikan sebagai jurunikah dengan lebih amanah dan memudahkan urusan pernikahan di kariah masing-masing.

Ustaz Ahmad bin Ibrahim, daripada Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), telah dijemput bagi menyampaikan penerangan mengenai prosedur perkahwinan tersebut. Semua peserta dapat memahami dan bersoal jawab bersama penceramah.

Disediakan Oleh :
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau