ZIARAH HALAL TOUR 2019

Ziarah Halal Tour 2019, 01 Ogos 2019
Ziarah Halal Tour 2019, 01 Ogos 2019
Ziarah Halal Tour 2019, 01 Ogos 2019
Ziarah Halal Tour 2019, 01 Ogos 2019
Ziarah Halal Tour 2019, 01 Ogos 2019

Port Dickson, 1 Ogos 2019 - Bahagian Pengurusan Halal JHEAINS dengan kerjasama pelbagai agensi telah menjalankan satu program Ziarah Halal Tour 2019. Program ini adalah lanjutan daripada program ziarah yang julung kali dijalankan di Seremban pada 8 Julai yang lalu. Program ziarah kali ini melibatkan premis-premis makanan di sekitar Port Dickson yang terkenal dengan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Penganjuran program ini adalah bagi mempromosi dan memperkenalkan para pengusaha dengan Pensijilan Halal Malaysia, menyantuni dan mendengar permasalahan para pengusaha dan masyarakat setempat. Sebanyak 13 buah premis makanan telah dilawati meliputi kawasan PD Waterfront dan Teluk Kemang. Penglibatan agensi luar seperti Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Majlis Perbandaran Port Dickson dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri juga merupakan inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang antara lain berperanan dalam penawaran perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS