KURSUS INSTRUMEN STANDARD GURU TAKMIR MALAYSIA (SGTM) DAERAH REMBAU 2019

Kursus Instrumen Standard Guru Takmir Malaysia Daerah Rembau

Port Dickson, 3 - 4 Ogos 2019 – Kursus Instrumen Standard Guru Takmir Malaysia (SGTM) Daerah Rembau 2019 telah berjaya dilaksanakan di Baitul Hilal, Klana Beach Resort Port Dickson.

Antara pengisian semasa program tersebut merangkumi teknik pengajaran dan pembelajaran, teknik penyampaian, teknik komunikasi dan hala tuju takmir daerah Rembau khususnya dan Negeri Sembilan amnya.

Bagi mencapai objektif program, pihak penganjur telah menjemput Prof. Dr. Mohd Aderi Bin Che Noh, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau mempunyai kepakaran dalam hala tuju guru takmir Malaysia memandangkan beliau merupakan pengubal modul Instrument Standard Guru Takmir Malaysia (SGTM).

Jemaah guru takmir Daerah Rembau juga mengambil bahagian dalam pemilihan jawatankuasa baru bagi sesi 2019-2021 dan seterusnya mengadakan mesyuarat bagi perancangan aktiviti guru-guru takmir daerah Rembau pada masa akan datang.

Turut hadir, Al-Fadhil Ustaz Fadhli Bin Yutiman, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau, dan Ustaz Muhammad Husaini Bin Mohd Ali Napiah, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Rembau, Unit Takmir Pejabat Agama Islam Daerah Rembau bertindak sebagai pengelola majlis ini sepenuhnya.

Disediakan Oleh :
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau