MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN (UPKK 2018) PERINGKAT DAERAH REMBAU BAGI TAHUN 2019

 

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK 2018
Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK 2018
Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK 2018
Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK 2018
Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK 2018
Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK 2018
 

Rembau, 07 Ogos 2019 – Buat julung kalinya, Pejabat Agama Islam Daerah Rembau telah melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK 2018 bertempat di Dewan Sri Rembau yang dihadiri seramai 900 orang. Majlis ini dilaksanakan di atas dasar kecemerlangan pencapaian pelajar UPKK 2018 seramai 599 orang dan 155 memperolehi 8A dan menjadikan Daerah Rembau sebagai daerah terbaik di Negeri Sembilan dengan gred purata sekolah (GPS) = 1.54.

                             

Motivator En Zaki Zainal dari MPS Academy & Consultancy telah mengendalikan slot motivasi bertajuk “Keluar Dari Tempurung” khusus kepada calon UPKK 2019, penerima anugerah, guru-guru besar, guru-guru kafa dan ibubapa/penjaga pelajar.

Ke bawah kaus Y.T.M. Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhammad Sharip Bin Haji Othman, Undang Luak Rembau, telah mencemar duli untuk menyempurnakan majlis serta menyampaikan anugerah. Turut hadir Yang Berhormat Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Tuan Mohd Zaidi Bin Ramli, Pengarah JHEAINS, Tuan Mohd Najib Bin Mustafa, Pegawai Daerah Rembau dan Tuan Azmi Bin Basir, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau.

Kategori penyampaian anugerah:

1) Anugerah Sekolah Terbaik Peringkat Daerah Rembau

   Sekolah Kebangsaan Chengkau

2) Pelajar Terbaik Lelaki

   Muhammad Ariff Shah Bin Mohd Fakhri (SK Undang Rembau)

3) Pelajar Terbaik Perempuan

     Nur Iffah Haziqah Bt Abdul Karim (SK Kota)

4) Anugerah Pelajar Terbaik bagi setiap matapelajaran teras - 15 Orang

5) Anugerah Pelajar Cemerlang UPPK 8A - 155 Orang

6) Anugerah Penghargaan Guru KAFA yang telah bersara - 5 orang

7) Anugerah Penghargaan Guru KAFA yang lama berkhidmat - 3 orang

 

Disediakan Oleh :
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau