MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA (MIISMAM) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-6 TAHUN 2019

MIISMAM Peringkat Kebangsaan kali ke-6 Tahun 2019, 5-7 Julai 2019

Kuala Lumpur, 5-7 Julai 2019 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah menyertai Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) peringkat Kebangsaan kali ke-6 yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 5 hingga 7 Julai 2019.

Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) selaku tuan rumah.

Kontinjen Negeri Sembilan telah menghantar seramai 48 orang peserta dan 24 orang guru dan pegawai pengiring. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dari Maahad Ahmadi, Sekolah-Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat di Negeri Sembilan.

Acara yang dipertandingkan ialah

1.  Tilawah Al-Quran (L/P)

2.  Hafazan (L/P)

3.  Syarahan Bahasa Melayu (L/P)

4.  Syarahan Bahasa Arab (L/P)

5.  Syarahan Bahasa Inggeris (L/P)

6.  Nasyid (L/P)

7.  Kitabatul Maqal (L/P)

8.  Khat (L/P)

9.  Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Terbuka

10. Kuiz Dini Terbuka

11. Kitab Turath Lelaki

Pencapaian Kontinjen Negeri Sembilan

1.  Naib Johan Nasyid Perempuan

2.  Tempat Ketiga Tilawah Al-Quran Perempuan

3.  Tempat Ketiga Syarahan Bahasa Arab Perempuan

Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kedah akan menjadi Tuan Rumah bagi MIISMAM kali ke-7 tahun 2020.

Disediakan Oleh:

Bahagian Pendidikan

JHEAINS