SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH REMBAU BAGI TAHUN 1441H/2019M 

Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Daerah Rembau
Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Daerah Rembau
Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Daerah Rembau
Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Daerah Rembau
Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Daerah Rembau
Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Daerah Rembau
Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Daerah Rembau
Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Daerah Rembau
 

 
Rembau, 27 September 2019 – Pentadbiran Daerah Rembau dengan jayanya telah melaksanakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Rembau di Masjid An-Nur. Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip Bin Haji Othman, Undang Luak Rembau telah mencemar duli untuk merasmikan majlis ini dan menyampaikan anugerah kepada semua penerima anugerah.

Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman peserta akan peranan dan tanggungjawab sebagai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Daerah Rembau di samping dapat menerangkan prosedur akad nikah yang berlaku di setiap kariah khususnya kepada pemegang tauliah yang baru dilantik sebagai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

 

Turut hadir sama di dalam majlis ini ialah Ybhg. Tuan Mohd Najib Bin Mustafa, Pegawai Daerah Rembau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Rembau , Al-Fadhil Tuan Fadhli Bin Yutiman, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau dan Tuan Haji Azizan Bin Marzuki, Penyelaras Dun Chembong.

Majlis ini dimulakan dengan Ceramah Perdana yang telah disampaikan oleh Pendakwah Bebas Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofree.

 

ANUGERAH KHAS PELAJAR CEMERLANG

 

  • UPSR 6A Ammar Muhammad Danish bin Haizul -Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rembau
  • UPSR 6A Nur Bahirah binti Mohd Hasrolazizi -Sekolah Kebangsaan Astana Raja
  • PT3 10A 3B Abdullah Muhsin bin Ahmad Lutfi -SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
  • SPM 11A Muhammad Firdaus bin Adzhar -SMA Haji Mohd Yatim
  • STPM 4A Nurhazwani binti Baharom -SMK Dato’ Seda Raja

 

ANUGERAH KHAS PEGAWAI MASJID

 

  • Siti Habsah binti Mad Isa PEMBANTU AM WANITA - Masjid Kariah Semerbok
  • Haji Othman bin Ab Ghani SIAK - Masjid Kariah Tanah Chembong
  • Haji Osman bin Ab Razak BILAL - Masjid Kariah Nerasau
  • Haji Yusob bin Ramli IMAM - Masjid Kariah Pekan Pedas

ANUGERAH KHAS PENTADBIR MASJID

  • Siaris bin Ismail BENDAHARI - Masjid kariah Pulau Besar
  • Shamsul Anuar bin Amat Kasi SETIAUSAHA -Masjid Kariah Kampung Tengah
  • Noor Azmi bin Hassan PENGERUSI JAWATANKUASA KARIAH MASJID - Masjid Kariah Chengkau Ulu

ANUGERAH MASJID TERBAIK

 

  • Anugerah PENGURUSAN Masjid Terbaik - Masjid Kariah Batu 17 Chembong
  • Anugerah Pengimarahan Masjid Terbaik- Masjid Kariah Lubok China
  • Anugerah Kemudahan Prasarana Masjid Terbaik - Masjid Kariah Pekan Pedas
  • Anugerah Persekitaran Masjid Terbaik - Masjid Kariah Penajis

 

ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN SAUDARA BARU ORANG ASLI -Idah Marziana binti Abdullah

ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN SAUDARA BARU BUKAN ORANG ASLI -Siti Khadijah Tee

ANUGERAH KHAS TOKOH ULAMA SILAM - Allahyarham Haji Mohd Yatim bin Zainal Abidin

ANUGERAH KHAS TOKOH MAAL HIJRAHYang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Shukor bin Sabudin

 

Disediakan Oleh :
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau