PROGRAM MESRA YTM DATO' UNDANG LUAK REMBAU BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI DAERAH REMBAU

Program Mesra YTM Dato Undang Luak Rembau Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Rembau

Rembau, 28-29 September 2019 – Jabatan Kemajuan Orang Asli Port Dickson Rembau dan Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Rembau telah mengadakan Program Mesra YTM Dato’ Undang Luak Rembau Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Rembau bertempat di Kampung Orang Asli Chembong Rembau, Negeri Sembilan. YTM telah mencemar duli hadir ke Program tersebut untuk beramah mesra bersama masyarakat orang asli dan mengeratkan silaturahim dan ukhuwah.

Aktiviti yang dijalankan pada hari pertama antaranya Perlawanan Sepak Takraw Piala Dato’ Undang Luak Rembau, Gotong Royong membersihkan kawasan Surau, Balairaya, Dewan dan Temuan Abo Craft. Pada hari kedua pula diadakan Pertandingan Menyumpit untuk Dewasa Lelaki, Acara Sukan Rakyat kanak-kanak, Demo pembuatan bakul rotan dari Kraftangan Negeri Sembilan, Pemeriksaan Kesihatan dan Pemeriksaan Gigi dari Klinik Kesihatan dan Pergigian Daerah Rembau.

Selain itu diadakan juga pertandingan mewarna kanak-kanak dan program santai ‘games’ menangani stress dan Santai Remaja daripada LPPKN Seremban. Terdapat juga pameran Keselamatan dari PDRM, permainan face painting, kaunter perkhidmatan e-kasih, kaunter pendaftaran bantuan kebajikan, perkhidmatan gunting rambut percuma dari Emilia Zaara, Minuman milo percuma dari Nestle, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah gigi sihat, persembahan Penari Kebudayaan Orang Asli (Tarian Kong Kong) dan lawatan ke Galeri Kraft Temuan Abo.

Turut hadir Puan Haslin Binti Abd Razak, Pengarah JAKOA Negeri Sembilan, Cik Intan Sharaini Bt Mohammadi, Penolong Pentadbir Tanah, wakil Pegawai Daerah Rembau.

Disediakan Oleh :
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau