Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit ubahsuai kepada kandungan portal ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini untuk memenuhi matlamat W3C: Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan portal boleh dicapai oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.
Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah:
icon choose colorPemilihan Warna Text: Menukar warna text portal untuk memudahkan bacaan mereka yang mempunyai masalah penglihatan ataupun buta warna. Pilihan terdapat pada penjuru kanan di atas 'banner'.
 
icon text sizePengubahan Saiz Text: Mengubah saiz text untuk menjadi lebih besar atau lebih kecil mengikut kesesuaian dan memudahkan bacaan pengguna. Ianya terletak pada penjuru kanan di atas 'banner'.
 
Pautan ke Pembaca Teks Luaran iaitu IE Page Reader: Pengguna perlu mendapatkan perisian tersebut dengan memuat turun IE Page Reader. Sebelum pengguna boleh menggunakan komponen ini, pengguna harus memuat turun MS Speech API. Jika pengguna menggunakan Windows 2000 ke atas, besar kemungkinan sistem pengguna sudah memiliki komponen ini. Pengguna juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine.

Speech engine
 adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap di dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila ke Laman Text Reader ini.
Sekapur Sireh
Perlembagaan
Mengenai MBJ
Keanggotaan

Assalamualaikum WBT, 

Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanan-Nya, ruangan bagi MBJ dapat disediakan sebagai platform utama kepada warga Jabatan Agama Islan Negeri Sembilan (JHEINAS) dalam menyalurkan maklumat dan cadangan penambahbaikan serta usaha yang berterusan untuk memastikan setiap proses dan prosedur kerja serta kebajikan warga akan terus terpelihara. 

Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar platform yang disediakan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin yang mana bagi memanfaatkan mekanisma MBJ untuk menyuarakan apa jua pendapat demi kebaikan bersama pekerja dan pihak pengurusan JHEAINS. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. 

Sekian, terima kasih. 

AMIR INTIZAM BIN OTHMAN
Pengerusi Majlis Bersama Jabatan Sesi 2018/2019