Seminar Sayangi Suami, Cintai Isteri Ke Akhir Hayat Peringkat Daerah Kuala Pilah

Seminar Sayangi Suami, Cintai Isteri Ke Akhir Hayat Peringkat Daerah Kuala Pilah, 12 November 2019

KUALA PILAH,12 November 2019 - Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah telah mengadakan "Seminar Sayangi Suami, Cintai Isteri Ke Akhir Hayat" bermula pada 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Ballroom Hotel Melang Inn, Kuala Pilah.

Objektif seminar ini ialah memberikan penekanan, perlaksanaan, peranan dan tanggungjawab pasangan suami isteri dalam mendirikan rumahtangga yang harmoni serta seimbang dunia dan akhirat. Seminar ini juga memberi ke fahaman dan kesedaran tentang kepentingan di dalam mengharungi arus globalisasi bagi membentuk keluarga Islam yg cemerlang. Di samping itu juga program ini dapat memberi pencerahan kepada mesyarakat tentang isu-isu yg berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam..

Pihak PAID Kuala Pilah telah menjemput tuan Haji Hushim bim Salleh yg merupakan kaunselor berdaftar dan personaliti TV sebagai penceramah bagi seminar ini. Seramai 230 orang peserta menyertai seminar yang telah dianjurkan sehingga selesai. Peserta terdiri daripada pasangan suami isteri dan kakitangan kerajaan sekitae daerah Kuala Pilah serta kakitangan JHEAINS..

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah JHEAINS. Pejabat agama Islam Daerah Kuala Pilah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JHEAINS, PUSPANITA Daerah Kuala Pilah, ketua-ketua jabatan peringkat daerah, Melang Inn Kuala Pilah dan semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini..