SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH JELEBU 1441H

 

JELEBU, 4 Disember 2019 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jelebu tahun 1441H/2019M disambut meriah dengan kehadiran seramai 500 orang.

Majlis dimulakan dengan perarakan daripada Stadium Mini Kuala Klawang ke Dewan D'Sury Majlis Daerah Jelebu mengelilingi pekan kuala klawang.
Sebanyak 20 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan, MPKK dan kariah masjid menyertai perarakan ini.

Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato' Haji Maarof bin Haji Mat Rashad, Undang Luak Jelebu dan Yang Amat Mulia Toh Puan Hajjah Mahawa binti Md Som berkenan hadir bersama dan merasmikan majlis ini.

Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Termizi bin Abdul Razak, merupakan Mudir Program Realiti Imam Muda. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kontinjen perarakan yang dimenangi oleh Institut Pemulihan Dadah Jelebu.