Program Khatan Perdana Peringkat Daerah Kuala Pilah bagi Tahun 1441H/2019M

Program Khatan Perdana Peringkat Daerah Kuala Pilah bagi Tahun 1441H/2019M, 07 Disember 2019

KUALA PILAH, 07 Disember 2019 -  Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah telah mengadakan Program Khatan Perdana Peringkat Daerah Kuala Pilah bagi Tahun 1441H/2019M yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Aktiviti berkhatan adalah merupakan suatu program yang sering diadakan sempena cuti panjang persekolahan. Justeru itu, PAID Kuala Pilah dengan kerjasama Masjid Jamek Yamtuan Raden melaksanakan program ini di peringkat daerah yang pertama kali nya diadakan di peringkat daerah dengan turut mendapat sokongan dana JHEAINS dan Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Seramai 70 orang kanak-kanak telah menyertai program pada kali ini. Program dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Perubatan dari Kem Sirajuddin, Gemas seterusnya ucapan perasmian serta perarakan mengelilingi sekitar Masjid Jamek Yamtuan Raden secara beramai-ramai diiringi dengan kompang dan selawat.

Para peserta disirami dengan air pancuran daripada Balai Bomba & Penyelamat Kuala Pilah yang telah disempurnakan sendiri oleh YB Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Turut hadir adalah YBrs Tuan Syahrul Nizam Bin Saleh, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah serta tetamu jemputan dengan kehadiran keseluruhan seramai 500 orang.

Disediakan oleh :

Unit ICT & Media PAID Kuala Pilah