SEGMEN SANTAI BUGHAK PAGI

Segmen Santai Bughak Pagi, 28 Februari 2020

TAMPIN, 28 Februari 2020 - Pejabat Agama Islam Daerah Tampin telah mengorak langkah dengan menganjurkan program Segmen Santai Bughak Pagi bersama YBrs. Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan di luar daerah Seremban. Bertempat di Laman Hijau Cafe milik En. Abdul Halim bin Dato' Haji Burhanudin bin Haji Taha, program ini dilaksanakan dengan kerjasama Masjid Jamek Tunku Besar Tampin.

Ketibaan YBrs. Ustaz Mohd Zaidi diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan telah disambut oleh urus setia program yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Hilal bin Kasim Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah Tampin. Turut hadir ialah YDH Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin DSP Ahmad Pilus bin Zainal, pegawai-pegawai daripada jabatan atau agensi kerajaan daerah Tampin, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid, wakil-wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Tok Batin-Tok Batin KOA serta warga komuniti Kampung Tampin Tengah.

Segmen Santai Bughak Pagi pada asalnya menyajikan tazkirah 30 minit yang disampaikan secara santai oleh YBrs. Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli kepada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Namun begitu, segmen kali ini diadakan di luar bersama khalayak umum bagi menyantuni dan menghubungkan silaturahim antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan masyarakat awam. Program berakhir pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh :

Pejabat Agama Islam Daerah Tampin